Caption: SILA TUNTUT...Pemilik perlu menuntut kembali kunci bernombor 34 dengan satu lagi kunci bertanda simbol 8000 di Pejabat Sarawak Press Sri Aman selepas ini.
SRI AMAN, Isnin (31 Okt) – Orang ramai terutamanya mereka yang pernah tinggal di kawasan bangunan Lot 961, Jalan Hospital diminta untuk menuntut kembali kunci bernombor 34 dari Pejabat Pemasaran Sarawak Press di situ selepas ini.
Penyelia Pemasaran Sarawak Press Sri Aman iaitu Zulia Haji Jemat memberitahu kunci bernombor 34 dengan satu lagi anak kunci bertanda angka 8000 ini ditemui dalam peti pos di luar pintu masuk pejabat berkenaan.
Kakitangan Utusan Sarawak yang hairan dengan penemuan kunci berkenaan telah bertindak membiarkan kunci tersebut di peti pos berkenaan sebelum itu dengan harapan agar pemiliknya mengambil kembali kunci tersebut.
“Bagaimanapun kunci terbabit masih terbiar di dalam peti pos berkenaan hingga sekarang. Justeru kami terpaksa bertindak menyiarkan berita mengenai perkara ini agar pemilik asalnya menuntut kembali kunci terbabit di pejabat ini,” kata Jemat.
Beliau juga memberitahu bahawa para pemiliknya mungkin boleh memeriksa atau mengambil kunci itu yang mungkin akan diletakkan kembali dalam peti pos merah di luar pejabat berkenaan selepas ini.
“Jika kunci terbabit tidak dituntut oleh pemilik asalnya dalam tempoh sebulan akan datang maka kami tiada pilihan lain iaitu membuang kunci berkenaan agar tidak diambil oleh pihak yang lain,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment