Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 November, 2011

Kumpulan Koir Saint Luke jayakan aktiviti Carolling sempena Krismas di Batu Lintang

Caption: UNTUK ALBUM...Kumpulan Koir Krismas bagi Zon Saint Luke yang diketuai oleh Reverend Jackson Jarau (gambar kecil) bergambar kenangan ketika melaksanakan aktiviti Carolling di Batu Lintang, Sri Aman hari ini. Foto: AUDREY JACKSON

SRI AMAN, Isnin (28 Nov) – Kumpulan Koir Krismas bagi Zon Saint Luke sedang melaksanakan aktiviti Koir Sambutan Krismas Dari Rumah Ke Rumah (Carolling) di kawasan Batu Lintang dan Ulu Undop, Sri Aman hari ini.

Jurucakapnya memberitahu aktiviti Carolling sempena sambutan Krismas di Batu Lintang dan Undop itu turut mendapat kerjasama Saint Peter Chapel dari kawasan berkenaan.

“Kumpulan Koir Krismas bagi Zon Saint Luke yang diketuai oleh Reverend Father Jackson Jarau dan 20 orang anggotanya ini sudah memulakan aktiviti Carolling semenjak awal bulan ini.

“Antara kawasan yang telah kami kunjungi bersempena dengan aktiviti berkenaan adalah Bayai, Jengking, Sungai Raya dan Lubok Antu sebelum ia berakhir pada di Langkong, Batang Ai pada 30 November ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa aktiviti Carolling ini akan memeriahkan lagi sambutan perayaan Hari Krismas dikalangan penganut Kristian Anglican pada 25 Disember ini nanti.

“Justeru kami berharap agar Koir Sambutan Krismas Dari Rumah Ke Rumah ini akan dapat diadakan semula bersempena dengan sambutan Hari Krismas tahun hadapan di kawasan kampung berkenaan,” katanya.

Terdahulu Carolling merupakan satu upacara sembahyang dari rumah ke rumah anjuran pihak gereja bagi memberkati ahli keluarga Kristian yang bakal menyambut perayaan Krismas pada setiap tahun.

Tamat.

No comments:

Post a Comment