Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 November, 2011

Jaga kebersihan restoran demi imej Bandar Sri Aman - Harden


Caption: TERIMA KASIH...Harden (enam kiri) sedang menyaksikan upacara penyerahan cek antara pihak Food Court dan penerima Tadika Simanggang bersempena dengan majlis itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Jumaat (25 Nov) – Utamakan kebersihan premis makanan masing-masing demikian nasihat Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis kepada peniaga restoran makanan dalam Bandar Sri Aman.

Katanya kebersihan dan kecantikkan sesebuah restoran makanan terbabit secara tidak langsung akan memberi imej positif terhadap Bandar Sri Aman dikalangan penduduk dan pengunjung tempatan ke bandar ini selepas itu.

“Lagipun Bandar Sri Aman kini sudah menjadi tumpuan pelancong asing yang datang ke sini untuk menyaksikan fenomena Benak di Sungai Batang Lupar Sri Aman pada setiap masa.

“Bandar ini yang sudah dianggap sebagai Bandar Benak berdasarkan kepada produk alam semulajadinya memerlukan kerjasama daripada semua peniaga untuk menjaga kebersihan restoran masing-masing ketika kedatangan pelancong terbabit kelak,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pembukaan Food Court di Bandar Baru Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan penduduk untuk terus menjaga kebersihan di sini agar Bandar Sri Aman wajar digelar sebagai Bandar Benak dikalangan pelancong asing pada masa akan datang.

“Saya tidak rasa bandar ini (Sri Aman) terus mendapat jolokkan sebagai Bandar Benak jika ia dilihat amat kotor dan menjelekkan dikalangan pelancong asing dan pelancongan tempatan.

“Justeru kebersihan Bandar Sri Aman perlu diutamakan jika penduduk mahu melihat status ekonomi yang dihasilkan menerusi produk pelancongan di sini meningkat pada masa akan datang,” katanya.

Majlis ini turut diserikan dengan aktiviti kutipan derma untuk membina sebuah Tadika Simanggang yang baru anjuran Sri Aman Food Court.

Tamat.

No comments:

Post a Comment