Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 November, 2011

Institusi keagamaan perlu berdikari cari sumber pendapatan - Masir


Caption: TERIMA KASIH...Peter (kanan) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Masir (kiri) sambil disaksikan oleh Nelson (kanan sekali) dan Entika (kiri sekali) pada majlis itu.

PANTU, Isnin (7 Nov) – Institusi keagamaan khasnya gereja dalam kawasan Parlimen Sri Aman digalak untuk lebih berdikari dalam menambah sumber kewangan institusi masing-masing selepas ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata sumbangan kerajaan berupa peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sahaja tidak cukup membantu pembangunan gereja dari masa ke semasa.

“Selain bantuan (MRP) yang disalurkan oleh kerajaan menerusi wakil rakyat, pihak gereja mungkin boleh melaksanakan aktiviti perniagaan mereka sendiri menerusi saluran yang betul.

“Sumber pendapatan yang mereka peroleh menerusi aktiviti perniagaan masing-masing secara tidak langsung akan membolehkan mereka menaiktaraf kemudahan gereja selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau 2011 sempena dengan Aktiviti Mencari Dana Tahunan anjuran Gereja Saint Stephen, Pantu baru-baru ini.

Selain itu Masir juga menasihatkan penduduk di kawasan Pantu agar sentiasa berdiri teguh di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Sokongan terbabit penting memandangkan penduduk di kawasan luar bandar termasuk Pantu, Sri Aman sememangnya masih memerlukan kerajaan BN untuk membangunkan hidup mereka dari segala aspek.

“Justeru saya berharap agar penduduk terus memastikan kemenangan BN di sini pada PRU13 kelak agar pelan pembangunan yang dirancang sebelum ini dapat terus dilaksanakan di masa akan datang,”katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Gereja Saint Stephen Pantu, Father Peter Isa Jeli, Pengurus Dewan Suarah Sri Aman, DSP (Bersara) Nelson Jinn, Penghulu Entika Tenan, ketua kaum dan penduduk di sini.

Masir menerusi Majlis Merarau 2011 sempena dengan Aktiviti Mencari Dana Tahunan ini telah menyampaikan cek peruntukan MRP bernilai RM3,000 kepada Gereja Saint Stephen Pantu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment