Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 November, 2011

Ibubapa kandung kepada Freddy Hamilton dicari

SRI AMAN, Isnin (7 Nov) – Seorang ibu dari Rumah Merudi Ijih, Batu Lintang, Sri Aman iaitu Sinom anak Anggang mahu mencari ibubapa kandung kepada anak angkatnya iaitu Freddy anak Hamilton untuk mendaftar kad pengenalan selepas ini.

Bapa kandung kepada anak angkat terbabit iaitu Amon anak Jalak katanya berasal dari Merakat, Lubok Antu manakala ibunya iaitu Antai pula berasal dari Nanga Kumpang, Lubok Antu.

Sinom ketika dihubungi Utusan Sarawak memberitahu Freddy berusia dua tahun ketika diambil oleh beliau dan suami iaitu Hamilton anak Akin daripada pasangan terbabit sebagai anak angkat sekitar tahun 1996 lepas.

“Ketika Freddy diambil sebagai anak angkat dahulu, saya hanya memiliki surat beranak beliau namun tidak mempunyai nombor kad pengenalan daripada ibu dan bapanya sendiri.

“Pada mulanya saya berasa tidak kisah kerana ketika itu saya berfikir bahawa hanya ada surat beranak (Freddy) sudah dikira cukup hinggalah ia mula menimbulkan masalah kira-kira tiga tahun lepas,” katanya.

Sinom memberitahu dia sering turun naik ke pejabat kerajaan bagi menyelesaikan masalah terbabit sehinggalah dinasihatkan oleh pihak mereka untuk mencari ibubapa kandung Freddy menerusi suratkhabar.

Katanya Amon dan Antai dicari semula demi mengesahkan bahawa Freddy telah diserahkan kepada beliau dan suami (Hamilton) sebagai anak angkat bagi memudahkan urusan pendaftaran kad pengenalan.

“Justeru saya berharap agar penduduk yang mengenali Amon dan Antai boleh menyampaikan mesej ini kepada mereka atau menghubungi kami di talian 013-8470049 selepas ini,” katanya.

Freddy kini sedang menuntut di Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili dan masih belum mempunyai kad pengenalan hingga sekarang berhubung masalah terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment