Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 November, 2011

Pertandingan rebut jawatan Presiden SUPP diharap beri nafas baru - Rayong

Caption: RASMI...Rayong memotong reben sebelum melangkah masuk ke kawasan Skim Skrang bagi merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di situ kelmarin.

ENGKILILI, Sabtu (5 Nov) - Pertandingan bagi merebut jawatan Presiden bagi Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau SUPP diharap agar dapat memberi nafas baru kepada parti terbabit selepas ini.

Pengerusi SUPP cawangan Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata pertandingan bagi merebut jawatan nombor satu dalam parti juga diharap agar tidak melemah dan merosakkan parti itu.

“Paling penting sekarang ini ialah kedudukan dalam parti terus dapat diperkukuhkan dan seterusnya menyatu-padukan kesemua ahli dalam parti berkenaan sebaik sahaja selesai pertandingan terbabit.

“Lagipun siapa saja yang terpilih menjadi presiden parti kelak haruslah berusaha membawa SUPP kembali ke landasan kegemilangannya seperti masa dulu,” katanya ketika diminta oleh media untuk mengulas mengenai perebutan jawatan itu hari ini.

Terdahulu  Rayong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili telah berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kawasan Ulu Skrang, Engkilili, kelmarin.

Beliau menerusi majlis itu berkata sejumlah RM34.8 juta telah diluluskan bagi membina jalan sepanjang 50 kilometer yang menghubungkan kawasan Nanga Murat sehingga ke kawasan Ulu Skrang.

Projek yang akan bermula tidak lama itu kata beliau bakal memberi manfaat kepada  26 buah rumah panjang, tiga sekolah rendah dan sebuah klinik kesihatan dalam kawasan berkenaan.

Hadir sama ialah Zainie Aji iaitu pembantu khas kepada Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment