Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 November, 2011

Jangan halang progress projek kerajaan - Rayong

Caption: MESRA...Rayong sedang berbual dengan seorang penduduk sebaik sahaja tiba untuk merasmikan majlis berkenaan.

ENGKILILI, Ahad (6 Nov) – Rakyat khasnya dari kawasan luar bandar dinasihat agar tidak menghalang pelbagai usaha pembangunan yang dirancang oleh kerajaan di penempatan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Skim Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Rakyat di kawasan Nanga Murat hingga ke Ulu Skrang misalannya kata beliau bakal menikmati kemudahan jalan raya baru apabila kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM34.8 juta bagi tujuan terbabit.

“Peruntukan ini akan digunakan bagi membina jalan sepanjang 50 kilometer tidak lama lagi dengan 26 buah rumah panjang, tiga sekolah rendah dan sebuah klinik kesihatan di situ bakal menikmati faedah hasil dari projek pembangunan terbabit.

“Justeru kelancaran perlaksanaan projek jalan raya dari Nanga Murat ke Ulu Skrang terbabit bergantung sepenuhnya terhadap kerjasama antara rakyat dan kerajaan selepas ini,” katanya.

Selain itu Rayong juga mengalakkan rakyat di kawasan Ulu Skrang untuk mengambil bahagian dalam skim penanaman getah seperti yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Lagipun kawasan Ulu Skrang jelas beliau juga sudah dimasukkan dalam rancangan pembangunan Projek Agropolitan Gunung Sadok yang mencakupi penanaman getah dan sawit.

“Saya yakin pembabitan rakyat Ulu Skrang dalam projek penanaman getah selepas ini akan dapat menaikkan status ekonomi keluarga masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu Zainie Aji iaitu pembantu khas kepada Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba dan ketua kaum sekitar Lubok Antu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment