Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 November, 2011

Kewujudan sarang tebuan di Taman Srijaya bimbangkan penduduk

Caption: PERLU TINDAKAN SEGERA...Gambar menunjukkan sarang Tabuan di kawasan lorong 3, Taman Srijaya ketika tinjauan rambang hari ini. (Mungkin sudah dibuang ketika news ini disimpan dalam blog ini)

SRI AMAN, Sabtu (12 Nov) – Penduduk di kawasan Taman Perumahan Srijiya, Sri Aman melahirkan rasa bimbang berhubung kewujudan sarang Tabuan di sebatang tiang elektrik di situ.

Tinjauan Utusan Sarawak hari ini mendapati bahawa Tabuan telah membina sebuah sarang bersaiz lebih daripada 30 sentimeter di sebatang tiang elektrik berdekatan kawasan simpang menuju perumahan lorong jalan 3 di situ.

“Tabuan terbabit sudah membina sarang di tiang elektrik berkenaan semenjak dua bulan yang lepas dan ia secara tidak langsung boleh memberi ancaman kepada penghuni di kawasan lorong 3, Taman Srijaya.

“Mujurlah belum ada penghuni di kawasan Taman Srijaya yang diserang oleh serangga berkenaan memandangan gangguan kanak-kanak terhadap sarang di situ boleh memberi ancaman kepada mereka,” kata seorang penghuni di situ.

Beliau yang enggan namanya disiarkan memberitahu akan melaporkan perkara terbabit kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Bahagian Sri Aman untuk tujuan tindakan lanjut selepas ini.

“Justeru saya berharap agar sarang serangga berbisa ini dibuang secepat mungkin dari tiang elektrik sebelum kanak-kanak bertindak nakal untuk menganggu sarang Tabuan tersebut,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment