Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2011

Rayong terus teraju SUPP cawangan Engkilili


Caption: SELESAI...Rayong (duduk tengah) ketika bersama-sama dengan ahli jawatankuasa SUPP cawangan Engkilili bagi penggal 2012 / 2014 baru-baru ini.

ENGKILILI, Khamis (10 Nov) – Dr Johnnical Rayong Ngipa terus meneraju Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Engkilili menerusi Mesyuarat Pemilihan jawatankuasa cawangan parti berkenaan bagi penggal 2012 / 2014 baru-baru ini.

Jong Ted Boi dipilih sebagai Timbalan Pengerusi sambil dibarisi oleh empat orang Naib Pengerusi yang lain iaitu Sibat Krutap, Kujat Tandang, Chong Sze Kiat dan Chiew Ambun.

Manakala itu Nyambong Maweng pula dipilih sebagai Setiausaha parti sambil dibantu oleh dua orang Penolong Setiausaha cawangan parti berkenaan iaitu Tay Tze Heing dan Kapi anak Rebeh.

Law Chai Soon dipilih sebagai Bendahari parti sambil dibantu oleh penolongnya iaitu Roy Edward Entalai dengan Eaton Ngipa dan Bulau Melina masing-masing dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda serta Wanita parti berkenaan.

Jawatan Setiausaha Organisasi pula diisi oleh Jap Kiam Lee dengan penolongnya Bungkong Gangga manakala Lee Yun Sin dan Engkabi Jamu masing-masing dipilih sebagai Setiausaha Publisiti dan Penolong Setiausaha Publisiti.

Ahli Jawatankuasa SUPP pula dibarisi oleh Christina Liew Nyok Mui, Sua Mandoh, Morris Lundai, Silai Sandah, Rawing Jilin, Layot Jamil, Tay Chai Ling, Veronica Kantu, Siaw Tze Hiong.

Akhir sekali, George Albert, Handry Tigang dan Ugin Siman telah dipilih untuk memegang jawatan Juru Audit Dalaman bagi cawangan parti berkenaan.

Terdahulu SUPP cawangan Engkilili yang dibarisi lebih daripada 80 peratus muka baru menerusi mesyuarakat permilihan jawatankuasa terbabit juga turut membentangkan beberapa resolusi.

Antara resolusi terbabit ialah calon daripada SUPP yang tewas dalam pilihan raya sebelum ini tidak harus dikitar semula untuk bertanding pada pilihan raya akan datang manakala ahli yang telah diistyiharkan bankrap sebelum ini juga sepatutnya hilang kelayakan untuk menjadi ahli SUPP.

Tamat.

No comments:

Post a Comment