Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 November, 2011

Majoriti undi ukuran kekuatan BN - MOng

Caption: MESRA...Mong (kiri sekali) ketika sedang mengiringi Masing (tengah) berjabat tangan dengan rakyat yang hadir bagi memeriahkan majlis kesyukuran di Gua, Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Ahad (6 Nov) – Kekuatan Barisan Nasional (BN) dalam sesebuah kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh diukur berdasarkan jumlah majoriti undi yang diperoleh oleh wakil rakyat mereka pada sesebuah pilihan raya.

Justeru Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan Dan Pemasaran), Datuk Mong Dagang mahu lebih ramai rakyat dalam kawasan Parlimen milik BN agar menyokong calon wakil rakyat kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Jika jumlah majoriti undi yang diperoleh oleh BN bagi sesebuah kawasan itu (menerusi pilihan raya) adalah cukup besar maka ia secara tidak langsung menunjukkan betapa tingginya sokongan rakyat terhadap kerajaan.

“Ia juga sekaligus boleh mengugat keyakinan pihak pembangkang untuk mewujudkan pengaruh masing-masing di kalangan rakyat dalam kawasan Parlimen atau DUN milik BN selepas itu,”katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap meraikan majlis kesyukuran beliau yang dianugerahkan Pingat Gemilang Bintang kenyalang yang membawa kepada gelaran ‘Datuk’ di Rumah Milo Gue, Gua, Sri Aman hari ini.

Selain itu kekuatan sokongan rakyat terhadap BN kata Mong juga akan memberi keyakinan terhadap kerajaan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan mereka dari masa ke semasa.

“Kekuatan terbabit juga melambangkan semangat bersatu hati dikalangan mereka (rakyat) sehingga menyakinkan kerajaan bahawa projek pembangunan boleh dilaksana dengan lancar di kawasan mereka di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Majlis Kesyukuran YB Mong Dagang ini telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Tanah merangkap Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pembangunan Sosial, Liwan Lagang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Dewan Negara, Senator Sophia Dorris Brody, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan dan ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Seramai 109 orang Tuai Rumah dari kawasan DUN Bukit Begunan, Balai Ringin dan Simanggang hadir bagi memeriahkan suasana sambutan majlis kesyukuran Mong berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment