Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 November, 2011

Recording Pemerindang Studio - First studio rakaman yang dilancar di Sri Aman

Caption: RASMI...Hall (kiri sekali) sedang memotong reben sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh Majory (tengah) dan Jones (kanan sekali) pada majlis itu.

SRI AMAN, Sabtu (12 Sept)  –  Sebuah studio rakaman muzik dan lagu telah dilancarkan di kawasan Jalan Sabu, Bandar Sri Aman buat pertama kalinya dalam sejarah di sini petang kelmarin.

Studio yang diberi nama sebagai Pemerindang Recording Studio (PRS) ini telah ditubuhkan oleh Majory Augustine bersama suaminya iaitu Jones Mukan di atas pusat hiburan Ruai Kumang.

“Pemerindang Recording Studio sebenarnya sudah mula ditubuhkan di atas pusat hiburan Ruai Kumang semenjak setahun yang lepas sebelum ia dilancarkan secara rasminya pada malam ini.

“Justeru diharap agar penubuhan Pemerindang Recording Studio ini akan memberi nafas baru dalam industri hiburan di Sarawak khasnya dalam kawasan Bandar Sri Aman pada masa akan datang,” kata pemiliknya iaitu Majory.

Pemerindang Recording Studio katanya juga akan menghasilkan album video lagu pertama daripada Jones Mukan yang bakal berada di pasaran Bandar Sri Aman dan lain-lain kawasan selepas ini.

Kata Majory penghasilan album Jones Mukan ini merupakan langkah pertama daripada Pemerindang Recording Studio untuk memartabatkan industri lagu Iban tempatan dalam negeri ini dari masa ke semasa.

“Inilah masa untuk golongan Bumiputera bergiat aktif dalam industri lagu Iban tempatan. Saya yakin bahawa penubuhan studio ini akan memberi lebih banyak peluang kepada penduduk berbakat di Sri Aman untuk menceburkan diri dalam industri ini,” katanya.

Terdahulu Majlis Pelancaran Pemerindang Recording Studio berkenaan telah disempurnakan oleh Paderi dari Gereja Saint Luke Sri Aman iaitu Father Harold Hall pada jam 5.30 petang kelmarin.

Majlis Pelancaran Pemerindang Recording Studio turut diserikan lagi dengan kehadiran Kelab Ek Ek Sri Aman yang diketuai oleh Elison Lingoh serta para ahli yang lain.

Tamat.





No comments:

Post a Comment