Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 November, 2011

Harden teraju SUPP Simanggang penggal 2012 - 2014

Caption: UNTUK ALBUM...Harden (duduk tengah) bergambar kenangan bersama penasihat SUPP Simanggang dan Jawatankuasa Pergerakan Wanita parti berkenaan kelmarin.

SRI AMAN, Selasa (8 Nov) – Datuk Francis Harden Hollis terus meneraju Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang selaku Pengerusi menerusi Mesyuarat Pemilihan pawatankuasa cawangan parti berkenaan kelmarin bagi penggal 2012 / 2014.

Kii Kuang Sing dipilih sebagai Timbalan Pengerusi sambil dibarisi oleh lima orang Naib Pengerusi yang lain iaitu Tay Siaw Chuang, Chai Tze Hiung, Wong Kah Ling, Ngu Ming Hien dan Jugah anak Merin.

Manakala itu Tiong Chong Onn pula dipilih sebagai Setiausaha parti sambil dibantu oleh tiga orang Penolong Setiausaha iaitu Vincent Roy Muda, Yap Kuet Kee dan Chai Ngee Chin.

Hii Ngik Chuang dipilih sebagai Bendahari parti sambil dibantu oleh penolongnya iaitu Lau Eng Hui dengan Chong Jin Huat dan Ling Siew Hung masing-masing dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda serta Wanita parti berkenaan.

Jawatan Setiausaha Penaja pula diisi oleh Kanselor Sawing Sumar dengan Kanselor Ringgit Bayang dan Sii Toh Ching dipilih sebagai Penolong Setiausaha Penaja bagi parti berkenaan.

Kanselor Andar Suntai dipilih sebagai Setiausaha Latihan sambil dibantu oleh Kiew Si Ted dan Nicholas Lambai dengan Kii King Hang dipilih sebagai Setiausaha Kebajikan sambil dibantu oleh Wong Tiong Kee dan Tinggi anak Usop.

Michael John dipilih sebagai Setiausaha Kebajikan parti berkenaan sambil dibantu oleh dua orang Penolong Setiausaha Kebajikan iaitu Japing anak Gema dan Mingging anak Sigan.

Ahli Jawatankuasa SUPP pula dibarisi oleh Chang Po Ching, Wong You Hiung, Ting Lik Kiong, Tay Yaw Ming, Wong Chee Nguong, Linggi Blon, Belilie Ajah, Rangga Angkom, Richard Leng, Chong Sen Mong, Sanggau Nyawai, William Kumbang, Jembu Ramba, Giri Jawan dan Richard Jemat.

Akhir sekali, Sii Tong Hung telah dipilih untuk memegang jawatan Audit bagi cawangan parti berkenaan.

Terdahulu enam orang ahli SUPP Simanggang telah dilantik untuk menjadi Penasihat bagi cawangan parti berkenaan antaranya ialah Tan Chong Meng, Sii Toh Peng, Lau Jin Heng, Lee Siang Hua, Barat Utek dan Tinggi Nyandang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment