Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2011

Lori angkut barang terjun parit

Caption: MALANG...Lori pengangkut barang terbabit kelihatan rosak teruk sebelum lori pengangkut barang yang lain tiba untuk memberi bantuan selepas itu.

SRI AMAN, Khamis (3 Okt) – Malang tidak berbau menimpa dua orang lelaki apabila lori pengangkut barang yang mereka naiki telah terbabit dalam kemalangan di kawasan Engkeramut, Sri Aman pagi kelmarin.

Sumber memberitahu lori yang dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang rakannya itu sedang dalam perjalanan menuju ke arah Sri Aman dari Kuching sebelum berlaku kemalangan terbabit yang dipercayai berlaku sekitar jam 8.20 pagi.

“Ketika berada di laluan lurus di kilometer 34 Jalan Sri Aman – Kuching, lori yang dipandu oleh lelaki terbabit bersama rakannya dipercayai telah hilang kawalan secara tiba-tiba.

“Kejadian tersebut dipercayai menyebabkan lori yang dipandu oleh mangsa bersama rakannya bergerak ke tengah laluan jalan sebelum terbabas ke laluan kiri jalan raya tersebut,” kata sumber.

Bagaimanapun mangsa dan rakannya yang tidak mengalami sebarang kecederaan berhubung kemalangan itu telah bertindak menghubungi pihak syarikat untuk tujuan pertolongan.

Sebuah lori pengangkut barang kemudiannya tiba sekitar jam 3 petang dari arah Kuching untuk membantu memunggah kesemua barangan yang terdapat di dalam lori malang terbabit.

“Nasib tiada kenderaan yang melalui kawasan Engkeramut ketika berlakunya kejadian kemalangan terbabit kerana jika ada, mungkin akibatnya tidak akan dapat disangkai selepas itu,” katanya.

Namun kedua-dua lelaki berkenaan katanya harus bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun lori pengangkut barang yang mereka gunakan mengalami kerosakan teruk berhubung kejadian itu.

Tamat.



No comments:

Post a Comment