Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2011

Enam ejen dilantik untuk kendalikan Terminal Pos BSN dalam kawasan Parlimen P.202 Sri Aman


Caption: BAKAL BEROPERASI...Lachau Food Corner menjadi salah satu daripada lokasi perlaksanaan Terminal Pos BSN di kawasan Parlimen Sri Aman.

PANTU, Isnin (31 Okt) – Penduduk di kawasan luar bandar dalam Parlimen P.202 Sri Aman dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah urusan perbankan seawal-awal bulan Disember tahun hadapan.

Ahli parlimennya, Masir Kujat berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja merasmikan Majlis Pelancaran Terminal Pos Bank Simpanan Nasional (BSN) di Lachau Food Corner milik Penghulu Lee Tong Seng, Pekan Lachau, Pantu kelmarin.

Katanya masalah terbabit bakal selesai apabila Bank Simpanan Nasional (BSN) sudah pun melantik enam orang ejen bagi mengendalikan perkhdimatan itu di beberapa buah kawasan dalam Pantu, Simunjan dan Betong bermula hari ini.

Lima daripada enam orang ejen yang dilantik bagi tujuan ini akan beroperasi di kawasan Pasar Lachau (Keranggas Gayau), Pasar Pantu, simpang jalan menuju Simunjan (kedai Penghulu Augustine), Pasar Sebuyau dan Pasar Maludam.

“Ia merupakan salah satu inisiatif yang dicadangkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membolehkan penduduk luar bandar menikmati kemudahan perbankan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

“Justeru ia secara tidak langsung akan memudahkan penduduk dari keenam-enam buah kawasan terbabit untuk melaksanakan urusan perbankan terutama sekali bagi mereka yang mempunyai akaun simpanan di bank itu,” katanya.

Kemudahan terbabit katanya juga akan membolehkan penduduk dari kawasan luar bandar untuk melakukan pembayaran bil elektrik dan air disamping memudahkan penerima bantuan kebajikan untuk menerima wang menerusi bank terbabit selepas ini.

Bagaimanapun Terminal Pos BSN yang menggunakan ‘sistem wayarles transaction’ itu kata Masir masih lagi dalam peringkat percubaan dengan kesemua enam orang ejen terbabit sedang dilatih bagi menguasai penggunaan sistem itu.

“Kita menjangkakan kesemua enam orang ejen terbabit boleh menguasai penggunaan sistem terbaru itu menjelang bulan Disember ini dengan fungsi kemudahan terbabit dijangkakan boleh berkembang lebih daripada sekarang di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment