Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 November, 2011

Persatuan digalak jayakan dasar pembangunan kerajaan

Slug: HardenDBNA + pic 07.11.11

Caption: IKHLAS...Harden (kiri) menyerahkan cek kepada Peron (kanan) sambil disaksikan oleh Masir (tiga kiri) dan Pahon (belakang tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (7 Nov) – Persatuan digalak untuk menghimpunkan semua rakyat bagi sama-sama menyokong serta menjayakan dasar pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas ini.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis berkata persatuan merupakan satu medium penting untuk membolehkan dasar pembangunan kerajaan sampai kepada rakyat dari masa ke semasa.

“Selain JKKK, BN juga memerlukan sumbangan persatuan untuk bersama-sama memajukan negeri ini dengan mengajak rakyat di kawasan mereka bagi menyokong penuh pelan pembangunan kerajaan.

“Saya percaya perlaksanaan sesebuah pelan pembangunan itu akan berjalan dengan lancar di sesebuah kawasan dengan adanya sumbangan persatuan berhubung usaha terbabit,” menurut beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Dayak Bidayuh Sri Aman (DBNA) di Restoran Alisan, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Harden juga menasihatkan para pemimpin persatuan untuk mempertingkatkan kredibiliti masing-masing ketika meneraju barisan ahli jawatankuasa dalam melaksanakan aktiviti persatuan dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar sesebuah persatuan itu boleh bergerak lebih proaktif di bawah pimpinan seorang individu yang berkredibiliti pada masa akan datang,” kata beliau.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Presiden DBNA Sarawak merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Dan Warisan, Datu Ik Pahon Joyik dan Pengerusi DBNA Sri Aman, ACP (Bersara) Jeffery Peron.

Harden menerusi majlis itu telah menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada DBNA Sri Aman menerusi wakilnya ACP (B) Jeffery Peron.

Tamat.

No comments:

Post a Comment