Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 November, 2011

SK Tanjung Bijat lawat kawasan Kuching, Bau dan Lundu

Caption: GEMBIRA...Para murid dan kakitangan SK Tanjung Bijat bergambar kenangan di hadapan Kilang Cat Trans Paint, Kuching ketika berlangsungnya lawatan terbabit.

SRI AMAN, Sabtu (5 Nov) – Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Bijat, Sri Aman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah lokasi di kawasan Bau dan Lundu, Kuching baru-baru ini.

Lawatan sambil belajar ke kawasan Bau dan Kuching ini melibatkan seramai 28 orang murid, lapan orang guru pengiring, lima orang kakitangan sekolah dan 10 orang ibubapa murid.

Penolong Kanan I SK Tanjung Bijat, Thomas Sumbang Jilom berkata lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru terhadap murid-murid terbabit.

“Pihak kami telah berkesempatan untuk melakukan lawatan sambil belajar ke Gua Angin dan Gua Pari-Pari di Bau dan lawatan ke Kilang Cat Trans Paint di Bintawa, Kuching sebelum bermalam di Pantai Pandan, Lundu untuk melihat alam semulajadi.

“Kami percaya bahawa lawatan seperti ini secara tidak langsung akan mendedahkan para murid dengan ilmu pengetahuan terbaru di peringkat usia awal mereka selepas ini,” menurut beliau.

Selain itu lawatan seperti ini kata Thomas juga boleh menjadi sebahagian daripada persediaan para murid SK Tanjung Bijat untuk melangkah alam sekolah menengah pada masa akan datang.

Justeru beliau berharap agar lawatan sambil belajar seperti akan dapat diadakan semula pada tahun akan datang demi menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan terhadap para murid selepas ini.

“SK Tanjung Bijat juga merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Bandaraya Miri bagi melihat tempat-tempat pemprosesan minyak petroleum pada tahun akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment