Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 November, 2011

Kelas Pendidikan Bina Insan KEMAS, Batang Sadong anjur Program Bakat

Caption: TAHNIAH...Ismail menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil diperhatikan oleh Kadir (tengah) dan Yaman (kiri sekali) pada majlis itu baru-baru ini.

SIMUNJAN, Sabtu (26 Nov) - Kelas Pendidikan Bina Insan KEMAS, Batang Sadong telah mengadakan Program Bakat dan Khidmat Bakti Menyusuri Perjalanan peringkat DUN Simunjan bertempat di Dewan Setia MDS, Simunjan baru-baru ini.

Timbalan pengerusi program ini Bolkiah binti Sedik berkata aktiviti yang julungkali diadakan ini melibatkan lebih 100 orang peserta dari lima buah Kelas Bina Insan di kawasan Simunjan.

Lima buah Kelas Bina Insan dari Simunjan yang mengambil bahagian dalam program ini ialah Kelas Bina Insan Kampung Nanas, Kampung Sageng Hulu, Kampung Sageng Hilir, Kampung Keleka dan Kampung Hijrah.

“Pelbagai jenis aktiviti telah diadakan bersempena dengan perlaksanaan program ini antaranya ialah Pertandingan Hafazan Ayatul-Kursi, Pertandingan Penulisan Jawi, persembhan Berzikir dan nyanyian Nasyid.

“Justeru pihak kami berharap agar program berkenaan dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan para peserta disamping membolehkan mereka menimba ilmu pengetahuan yang berguna selepas ini,” katanya.

Sementara itu aktiviti yang berlangsung selama sehari ini telah dirasmikan oleh Penyelia Khas Pendidikan Bina Insan KEMAS Sarawak iaitu Ustaz Ismail Maharuf selaku mewakili Pengarah KEMAS Sarawak.

Beliau menerusi majlis itu berkata program ini banyak memberi kebaikan dengan KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) sebagai sebuah wakil agensi kerajaan akan terus bertindak mentransformasikan hidup rakyat agar terus maju pada masa akan datang.

Manakala Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Batang Sadong, Abdul Kadir Drim, pula berkata program ini dapat menonjolkan kemahiran, kefahaman serta pengetahuan para peserta dalam mengamalkan sistem dan kaedah asas ilmu Al-Quran yang betul.  

Terdahulu Zaleha Lipin dari Kelas Bina Insan Kampung Keleka muncul Johan dalam Pertandingan Hafazan Ayatul-Kursi dengan Norashikin Konam dan Hasanah Suoot dari Kampung Sageng Hilir muncul pemenang naib johan dan tempat ketiga bagi kategori itu.

Pertandingan Penulisan Jawi pula telah diungguli oleh Jenah Jemali dari Kampung Keleka manakala Jelita Jali dan Noraini Piee dari Kampung Sageng Hilir mendapat tempat kedua dan ketiga.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Ismail Maharuf sambil disaksikan oleh Penyelia Bina Insan KEMAS Batang Lupar, Yaman Madian, para pegawai  kanan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment