Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2011

Program Penempatan Pekerjaan Mini di Engkilili pada 12 November ini


Caption: MARI DATANG...Orang ramai terutama sekali pencari kerja dijemput untuk menghadiri Program 3P berpandukan kepada iklan yang dinyatakan pada gambar itu.

SRI AMAN, Khamis (3 Nov) - Jabatan Tenaga Kerja Sarawak cawangan Sri Aman akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan Mini (3P) di Dewan Serbaguna Engkilili pada 12 November ini.

Jurucakap jabatan terbabit memberitahu Program 3P yang akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang itu akan membuka peluang pekerjaan dan seterusnya mengadakan temuduga secara terbuka kepada pemohon di sini.

“Program 3P Jabatan Tenaga Kerja Sri Aman Tahun 2011 ini bertujuan untuk membolehkan orang ramai mencari pekerjaan yang sesuai dengan kehendak dan kelayakan mereka.

“Ia secara tidak langsung akan membantu kerajaan atau sektor swasta dalam negara ini khasnya Sarawak untuk mengisi peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh mereka untuk sebelum atau selepas ini,” katanya.

Para pencari kerja katanya menerusi program itu nantu juga boleh mendaftar secara ‘online’ melalui sistem JobsMalaysia di kaunter pendaftaran secara talian terus di semua komputer yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja.

Justeru pencari kerja menurut beliau adalah digalakkan untuk membawa sijil-sijil bagi tujuan tersebut ketika berlangsungnya Program 3P Jabatan Tenaga Kerja Sri Aman Tahun 2011 itu nanti.

“Pihak Jabatan Tenaga Kerja Sarawak cawangan Sri Aman menjemput para pencari kerja, lepasan sekolah, graduan IPTA / IPTS, ibubapa dan orang ramai untuk hadir sama bagi memeriahkan program ini.

“Mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Program 3P ini nanti bolehlah menghubungi Anand ataupun Augustin dari Jabatan Tenaga Kerja Sarawak cawangan Sri Aman di talian 083-322527,” katanya.

Turut diadakan pada Program 3P Jabatan Tenaga Kerja Sri Aman Tahun 2011  di Dewan Serbaguna Engkilili itu nanti adalah Pameran Kerjaya dan Khidmat Nasihat Undang-Undang Perburuhan.

Tamat.

1 comment: