Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2011

Galak anak sertai bidang sukan - Harden

Caption: TERIMALAH...Harden (kiri) menyerahkan cek peruntukan MRP kepada Romeneo (kanan) sambil disaksikan oleh Tada (tiga kiri) dan Whelton (dua kanan) pada majlis berkenaan.

ENGKILILI, Rabu (9 Nov) - Ibubapa memainkan peranan penting bagi mengalakkan penglibatan anak-anak dalam bidang sukan selepas ini kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Jelasnya penglibatan anak-anak dalam bidang sukan dalam kawasan masing-masing akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik mereka pada masa akan datang.

“Lagipun ibubapa juga harus sedar bahawa sukan adalah merupakan salah satu cara untuk mempertingkatkan lagi tahap kecemerlangan akademik anak-anak disamping menyumbang kepada peningkatan tahap kecergasan tubuh badan dan otak.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Ibubapa Dan Guru (PIBG) Dan Perasmian Titi Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu Harden juga menasihatkan rakyat agar sentiasa aktif menganjurkan pelbagai aktiviti sukan di kawasan masing-masing demi menyumbang kepada kelahiran ramai atlit sukan yang berkebolehan di peringkat kebangsaan mahupun luar negara.

Rakyat katanya perlu memulakan pencarian bakat-bakat baru dalam pelbagai lapangan sukan bermula daripada peringkat akar umbi sebelum mereka dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru Harden berharap ibu bapa terus memainkan peranan aktif mereka dalam mengadakan pelbagai kegiatan sukan agar Sarawak sentiasa melahirkan ramai tokoh atlit sukan yang cukup berkebolehan pada masa akan datang.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5,000 kepada Yang Dipertua PIBG SK Nanga Skrang, Romeneo Tugang.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, Guru Besar SK Nanga Skrang, Tada Jilum dan para ketua kaum dari kawasan Bahagian Sri Aman.

Hari Sukan PIBG Dan Perasmian Titi SK Nanga Skrang ini turut dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Lumba Perahu dan lain-lain lagi acara sukan yang melibatkan ibubapa serta guru sekolah terbabit.

Tamat.

1 comment: