Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 July, 2009

RM2.65 juta untuk RES Lubok Antu - Nyalau


Mugshot: WILLIAM NYALAU BADAK

LUBOK ANTU, Rabu (8 Julai) - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan sejumlah RM2.56 juta bagi tujuan penyambungan grid Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) terhadap empat buah rumah panjang di kawasan Lubok Antu tahun ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyallau anak Badak berkata empat buah rumah terbabit adalah Kampung Melayu Engkilili, Rumah Ran, Rumah Jampang, Rumah Dimbap Serubah Ili dan Rumah Saong Serubah Ulu.

“Peruntukkan penyambungan grid untuk projek RES di kawasan Lubok Antu bernilai RM2.56 juta ini juga turut mencakupi Klinik Nanga Kesit dan Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Bahagian Sri Aman kawasan Parlimen Lubok Antu di rumah panjang Ngilah, Bara, Lubok Antu baru-baru ini.

Selain itu Rumah Lempang (Sayat), Rumah Muris (Soh), Rumah Ringkai (Seremat), Rumah Nawin (Klampo) dan Rumah Igar, Bukit Tungku menurut Nyalau juga dalam proses cadangan untuk projek penyambungan grid RES.

Cadangan penyambungan grid bagi tujuan projek RES terhadap lima buah rumah panjang terbabit menurut beliau dijangka akan bermula tahun hadapan dengan kos peruntukkan sebanyak RM11.88 juta.

“Saya berasa gembira kerana dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang wakil rakyat apabila permohonan projek RES di beberapa buah kawasan dalam daerah Lubok Antu telah diluluskan oleh kerajaan.

“Ini berita baik untuk penduduk rumah panjang yang bakal menerima faedah daripada perlaksanaan projek RES terbabit walaupun mereka menyokong atau tidak menyokong Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya.

Nyalau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM4,000 kepada Biro Wanita Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Bara.

Hadir sama dalam majlis itu Pegawai Penerangan Parlimen P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, kakitangan kerajaan dan para ketua kaum dari sekitar daerah Lubok Antu.

Tamat....


No comments:

Post a Comment