Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2009

26 anggota RELA Sri Aman terima sijil tamat kursus


Caption: RAIKAN BERSAMA...Bajuri (tengah) bersama Sarjan Jabu (kanan) dan tetamu undangan yang lain sedang bersama-sama menyempurnakan upacara ngiling tikai bersempena dengan majlis berkenaan di sini baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (16 Julai) – Seramai 26 anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dari kawasan Batu Lintang (Platun Nicholas Talip) Sri Aman telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pengenalan RELA Siri 1 2008 baru-baru ini.

Kesemua anggota RELA dari kawasan Batu Lintang itu telah pun menerima sijil tamat kursus berkenaan menerusi sebuah majlis rasmi yang berlangsung di perkarangan rumah Nicholas Talip, Batu Lintang.

Menurut Penolong Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Mejar (RELA) Joshua Ijau ketika ditemui menjelaskan bahawa kursus ini bertujuan untuk menerangkan beberapa perkara asas dalam pertubuhan sukarelawan terbabit antaranya termasuklah mengenai carta organisasi, peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai anggota RELA.

“Kursus Pengenalan RELA 2008 ini turut menerangkan nilai-nilai disiplin yang perlu ada pada setiap anggotanya ketika melaksanakan tugas diri masing-masing,” menurut beliau.

Kursus Pengenalan RELA 2008 yang berlangsung selama dua hari di perkarangan rumah Nicholas Talip itu menurut Joshua telah dikendalikan oleh Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel (RELA) Bajuri Haji Adom.

Sementara itu Bajuri ketika berucap pada majlis penyampaian sijil berkenaan mahu semua anggota RELA Sri Aman untuk lebih komitmen ketika melaksanakan tugas masing-masing.

Dengan komitmen tugas seperti ini kata beliau, semua lapisan masyarakat dalam kawasan jagaan RELA akan berasa selamat dan bebas daripada ancaman keselamatan hasil kerjasama mereka bersama dengan anggota polis.

“Sebelum melaksanakan tugas rondaan di kawasan jagaan masing-masing, setiap ketua platun terlebih dahulu harus memaklumkan tindakan mereka ini kepada Pegawai RELA Daerah.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah dalam negeri ini disamping membantu mereka untuk menangkap mana-mana pendatang tanpa izin (PATI) yang masuk ke negeri ini,” katanya.

Majlis penyampaian sijil itu kemudiannya diserikan lagi Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak yang diadakan di perkarangan Rumah Nicholas Talip berkenaan sambil disaksikan oleh Ketua Polis Balai Batu Lintang, Sarjan James Jabu, Pegawai Imigresen Batu Lintang, H.Tuah dan para pegawai kanan RELA yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment