Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 July, 2009

Masa depan negara di tangan generasi muda berpendidikan - Masir


Caption: PENGHARGAAN...Masir (kiri) menerima cenderamata daripada Tr Lanchum (kanan) sambil disaksikan oleh Snowdan (dua kanan) dan Mong (dua kiri) ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

SRI AMAN, Sabtu (25 Julai )– Generasi muda terutamanya mereka yang berpendidikan tinggi bertanggungjawab untuk membantu kerajaan mempertingkatkan lagi tahap pembangunan dalam negeri ini dari segi pelbagai sektor menjelang Wawasan 2020.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat berkata kerajaan amat memerlukan kerjasama daripada generasi terbabit demi menjana pembangunan di negeri ini memandangkan mereka adalah barisan pelapis yang bakal mengantikan golongan orang lama di masa yang akan datang.

“Dengan kata lain, kerjasama di antara golongan generasi terbabit dan kerajaan akan lebih bermakna sekiranya kesemua ketiga-tiga sektor berkenaan mampu diperkembangkan secara aman dan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Terima Kasih YB bertempat di Rumah Lanchum, Sungai Tenggang dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Bagi mencapai matlamat terbabit, Masir menasihatkan para generasi muda berpendidikan tinggi ini untuk menyokong dasar pembangunan kerajaan yang diteraju oleh komponen parti Barisan Nasional (BN) pada masa sekarang.

Jelas beliau, golongan berpendidikan tinggi ini perlu menolak amalan menentang kerajaan sepertimana yang telah dilakukan oleh golongan pelajar di beberapa buah negara pada masa sekarang.

“Perilaku seperti ini tidak harus dicontohi oleh golongan muda yang berpendidikan tinggi di negara kita kerana ianya hanya mendatangkan kerugian terhadap semua rakyat dan menganggu proses pembangunan dari masa ke semasa,” katanya.

Justeru beliau berharap agar golongan generasi muda yang berpendidikan tinggi ini tidak bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk menentang kerajaan BN kerana ianya hanya merugikan rakyat yang selama ini dahagakan pembangunan secara berterusan.

“Bekerjasama dengan pembangkang adalah tidak berguna kerana anda ‘lahir’ untuk membantu kerajaan dan bukannya mengadakan demonstrasi atau sebarang tentangan yang mampu merosakkan pembangunan negara,” katanya.

Masir menerusi majlis itu juga turut menyempurnakan majlis perasmian Enjin Pelerai Padi Kampung Sungai Tenggang sambil disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan dan ADUN Bukit Begunan, Mong anak Dagang.

Tamat.



No comments:

Post a Comment