Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2009

Pertandingan Sampi / Biau Peringkat Zon A 21 Julai ini


Mugshot: PATRICK JAMBA JAWA

SRI AMAN, Rabu (15 Julai) – Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman akan menganjurkan Pertandingan Sampi / Biau bagi Peringkat Zon A bertempat di Dewan Suarah Sri Aman pada 21 Julai ini.

Jurucakap penganjur pertandingan ini iaitu Patrick Jamba Jawa ketika ditemui berkata Pertandingan Sampi / Biau bagi Peringkat Zon A ini membabitkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

“Setakat ini sejumlah 17 buah sekolah menengah dari empat buah bahagian terbabit telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Pertandingan Sampi / Biau bagi Peringkat Zon A pada 21 Julai ini.

“Sekolah terbabit adalah SMK Engkilili, SMK Sebuyau, SMK Tun Abdul Razak, SMK BM Saratok, SMK Simanggang, SMK Spaoh, SMK Ulu Layar, SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK Saint Augustine, SMK Lubok Antu, SMK Saint Luke, SMK Muara Tuang, SMK Gedong, SMK Balai Ringin, SMK Kalaka, SMK Debak dan SMK Sri Aman,” katanya.

Pertandingan yang julungkalinya diadakan ini menurut Jamba bertujuan untuk melahirkan golongan generasi muda yang mampu menghasilkan karya Sampi dan Biau yang bermutu.

Disamping itu juga menurut beliau pertandingan ini bertujuan untuk menambah khazanah budaya Iban dan mencungkil bakat atau minat kemahiran pelajar dalam membina keyakinan berinteraksi melalui persembahan masing-masing.

“Justeru kami berharap agar Pertandingan Sampi / Biau bagi Peringkat Zon A ini dapat meluaskan pengalaman ‘bersampi’ atau ‘berbiau’ (berpuisi) dikalangan generasi baru pada zaman sekarang,” katanya.

Pelajar yang berjaya memenangi kedudukan juara hingga tempat ke-3 dalam Pertandingan Sampi / Biau bagi Peringkat Zon A ini secara automatiknya akan dipilih untuk mewakili Zon A ke pertandingan peringkat negeri di Kuching pada bulan Ogos ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment