Caption: PENGHARGAAN...Snowdan (kanan) menerima cenderamata daripada Anthony (kiri) sambil disaksikan oleh Gerunsin dan Pelie ketika berlangsungnya majlis berkenaan baru-baru ini.
SIMUNJAN, Rabu (15 Julai) – Ibubapa perlu mengalakkan anak-anak untuk mencari ilmu berasaskan sumber alternatif yang lain ke arah mewujudkan kecemerlangan dalam bidang akademik anak mereka dari masa ke semasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penutupan Seminar Motivasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 bagi peringkat Zon Telagus di Sekolah Rendah (SK) Gawang Empili, dalam daerah kecil Simunjan, Samarahan baru-baru ini.
Ibubapa termasuk juga para guru kata beliau harus mendidik anak-anak tentang langkah mendapatkan ilmu dari sumber alternatif seperti bahan bacaan tambahan, internet, tuisyen serta program motivasi dan kecemerlangan akademik seperti yang dianjurkan sekolah selama ini.
“Anak-anak tidak harus bergantung sepenuhnya kepada ilmu yang mereka perolehi ketika berlangsungnya sesi pembelajaran di sekolah kerana terdapat banyak sumber alternatif bagi mempertingkatkan ilmu di dada.
“Internet, tuisyen dan bahan bacaan tambahan misalannya adalah merupakan sumber alternatif yang amat bernilai pada masa sekarang dan adalah amat penting bagi ibubapa dan guru untuk mengalakkan anak-anak menambah ilmu dari sumber terbabit,” katanya.
Selain itu Snowdan juga berharap agar semua pihak dapat berpadu tenaga bagi menyumbang buah fikiran bagi membangun dan memajukan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) demi kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Elemen perpaduan dalam kalangan ahli menurut beliau adalah sangat penting demi membolehkan sesebuah organisasi itu memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang membanggakan.
“Juster saya juga mengambil kesempatan di sini untuk menyeru semua PIBG di sekolah supaya bergerak lebih aktif dan terancang agar kewujudannya ini nanti dapat memberi sumbangan lebih bermakna ke arah kecemerlangan yang diharapkan.
Hadir sama ialah Guru Besar SK Gawang Empili, Gerunsin, Yang Dipertua PIBG SK Gawang Empili, Pelie Jumbu, pengerusi penganjur program, Anthony Jabang dan ketua kaum dari sekitar daerah ini.
Program Penutupan Seminar Motivasi UPSR 2009 anjuran Yayasan Sarawak dengan kerjasama Zon Telagus itu telah membabitkan penyertaan sebanyak 10 buah sekolah rendah dalam kawasan zon berkenaan.
Tamat.

No comments:
Post a Comment