SRI AMAN, Khamis (9 Julai) – Kemasukan budaya asing ke dalam budaya asal masyarakat kaum Iban pada sekarang adalah amat kian membimbangkan menurut seorang ketua kaum Iban Sri Aman iaitu Pemanca Samuel Lawen.
‘Nyabong Manok’ (laga ayam sabong) yang telah wujud sekian lama sebagai budaya asal masyarakat kaum Iban menurut beliau adalah merupakan contoh budaya yang kini mula tercemar disebabkan kemasukan budaya asing dalam budaya terbabit.
Permainan laga ayam sabong terbabit menurut beliau sering diamalkan oleh orang Iban acapkali berlangsungnya perayaan Gawai Dayak di negeri ini semenjak dari zaman dahulu kala lagi.
“Bagaimanapun pada zaman sekarang anda akan mendapati bahawa budaya Nyabong Ayam kini diselitkan dengan pelbagai unsur budaya asing seperti perjudian Holo (kolok), Skipui dan lain-lain jenis judi.
“Judi Holo dan Skipui tidak pernah diamalkan dalam budaya Nyabong Manok milik orang Iban pada zaman dahulu kala...dengan kata lain budaya asal kaum kita kini sudah mula tercemar dengan budaya kurang elok seperti itu pada masa sekarang,” katanya.
Samuel berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Gemilang 2009 bertempat di laman kediaman Rumah Bruen, Skim Melugu, Sri Aman anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman hari ini.
Untuk memastikan budaya asal masyarakat kaum Iban terus terpelihara, beliau mahu setiap kaum iaitu Tuai Rumah untuk bertindak memastikan permainan Nyabong Manok di kawasan rumah panjang masing-masing tidak dicemari oleh budaya asing terbabit.
“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Pemanca yang menjaga 400 orang Tuai Rumah di daerah ini untuk bertindak menjaga keaslian budaya asal masyarakat kaum Iban dari masa ke semasa.
“Justeru adalah amat penting bagi setiap Tuai Rumah memikul tanggungjawab berat untuk mengelak kemasukan budaya asing ini ketika menganjurkan aktiviti Nyabong Manok menerusi lesen yang mereka perolehi daripada pihak berkuasa tempatan di masa akan datang,” katanya.
Program Bicara Gemilang 2009 yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong Dagang itu turut dihadiri oleh Timbalan Residen Bahagian Pembangunan Sosial, Felicia Tan, Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Shyennier Jean Serit, Pegawai JASA Parlimen P.202 Sri Aman dan P.203 Lubok Antu, Whelton Lumpoi dan Jeoffery Ricky Maba, para wakil pegawai dan ketua kaum dari daerah ini.
Tamat.

No comments:
Post a Comment