SRI AMAN, Rabu (1 Julai) – Gara-gara ‘lapar nasi’, seorang remaja punk yang bertindak nekad melarikan diri pada minggu lepas akhirnya pulang kembali ke rumah panjangnya di sini lewat malam tadi.
Terdahulu remaja berusia 19 tahun itu dipercayai melarikan diri dari rumah panjangnya pada awal minggu lalu setelah bertengkar dengan ibunya sendiri kerana mengunting rambut ala punk menerusi bantuan ipar lelakinya sendiri.
Si ibu yang tidak berpuashati melihat fesyen rambut anak lelakinya kemudiannya memberi kata dua kepada remaja lelaki terbabit iaitu keluar dari rumah atau terus membotakkan rambutnya.
“Mungkin remaja lelaki punk itu bermalam di rumah kawannya atau pun pondok kebun yang berdekatan setelah melarikan diri dari rumah panjangnya sendiri semenjak minggu lepas.
“Apabila kehabisan wang saku, remaja lelaki itu kemudiannya dipercayai terdesak untuk membeli bekalan makanan sehingga terpaksa mengaku kalah dan seterusnya kembali ke rumah panjangnya sendiri malam tadi,” kata sumber.
Si ibu yang merasa gembira melihat kepulangan anak lelakinya itu kemudian bertindak menasihatkan remaja terbabit untuk terus mengunting semula rambutnya menerusi bantuan sepupu lelakinya sendiri.
Remaja terbabit kemudiannya akur dengan nasihat ibunya itu dan meminta bantuan seorang sepupu lelakinya untuk membotakkan terus rambutnya di rumah panjangnya hari ini.
“Si ibu menasihatkan anaknya bahawa kita tinggal di Malaysia dan bukannya di negara Barat...justeru fesyen rambut Punk itu tidak sesuai diperagakan di sini kerana ia hanya akan membuatkan orang ketawa dan bukannya kagum,” menurut sumber itu lagi.
Tamat.

No comments:
Post a Comment