Caption:
1.ENGKO HEBAT...Felicia (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Pam Ski iaitu Haji Patihi ketika berlangsungnya Karnival Ikan Bulu hari ini.
2.SIAPA CEPAT DIA MENANG...Pelumba sedang beraksi dalam kejohanan tersebut.
SRI AMAN, Ahad (26 Julai) – Kenderaan Pam Ski bergelar ‘Todak’ ternyata memberi tuah kepada penunggangnya iaitu Haji Patihi bin Haji Putet dari Sri Aman apabila beliau muncul sebagai juara Pertandingan Akhir Pam Ski Ikan 2009 yang berlangsung di Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.
Patihi muncul juara setelah berjaya menewaskan saingan daripada lapan orang peserta yang turut sama berentap untuk memperoleh kejuaraan menerusi Pertandingan Akhir Pam Ski Ikan 2009 ini.
Dengan kemenangan itu beliau membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250 dan piala yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Residen (Pembangunan Sosial) Bahagian Sri Aman iaitu Felicia Tan.
Kedudukan naib juara pula telah dimenangi oleh Zulkarnain Haji Kas dari Samarahan dengan menunggang kenderaan Pam Ski yang diberi nama Todak Emas I manakala Annuar Chef juga dari Samarahan muncul pemenang tempat ke-3 dengan menunggang Todak Emas II.
Kedua-dua pemenang tempat ke-2 dan ke-3 ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150 dan RM100 beserta dengan piala iringan untuk setiap seorang.
Sementara itu Pertandingan Senaman Poco-Poco yang diadakan bersempena dengan Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 pada pagi hari ini menyaksikan pasukan Panggau Libau II muncul juara dalam pertandingan terbabit.
Pasukan Panggau Libau II membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 beserta dengan piala kejuaraan dalam pertandingan itu.
Manakala itu pasukan Sinar Cahaya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Temudok pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150 beserta dengan piala iringan setelah muncul sebagai pasukan pemenang naib juara dalam pertandingan itu.
Kedudukan tempat ke-3 dalam Pertandingan Senaman Poco-Poco ini telah dimenangi oleh pasukan Fit Step Kampung Hilir yang berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100 dan piala iringan.
Lebih 3,000 pengunjung membanjiri kawasan Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bermula jam 9 pagi bagi menyaksikan acara yang berlangsung pada hari terakhir sambutan Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009.
Tamat.
No comments:
Post a Comment