Caption: MISTI KASI CIPAT SIDIA BALANG...Para peniaga sedang membuat persiapan di kanopi masing-masing bagi tujuan aktiviti jualan beraneka sempena Karnival Pesta Ikan Bulu bermula 24 hingga 26 Julai ini.
SRI AMAN, Khamis (23 Julai) – Kemeriahan sambutan Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 di bandar Sri Aman mula terasa apabila para peniaga mula mendirikan kanopi masing-masing bagi tujuan aktiviti jualan beraneka sempena pesta terbabit semalam.
Tinjaun rambang hari ini mendapati bahawa para peniaga mula mendirikan kanopi (khemah) menerusi tapak yang disewa dari pihak Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di beberapa batang jalan dalam bandar ini.
Antara beberapa batang jalan dalam bandar ini yang digunakan bagi tujuan aktiviti jualan beraneka sempena sambutan Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 kali adalah Jalan Main Bazaar, Jalan Market, Jalan Kapitan, Jalan Kelab dan Jalan Tengah.
Para peniaga menerusi aktiviti jualan beraneka ini didapati menawarkan pelbagai jenis barangan berupa pakaian, makanan serta minuman, aksesori dan barangan kraftangan kepada para pengunjung yang bakal memenuhi bandar ini bermula 24 hingag 26 Julai nanti.
Malahan terdapat juga para peniaga di beberapa kanopi tertentu yang menawarkan pelbagai jenis permainan menarik untuk para pengunjung menerusi aktiviti jualan beraneka bersempena pesta terbabit yang akan bermula malam ini.
Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Achan berkata beliau bersama rakannya telah mula membeli beberapa buah barangan di situ walaupun para peniaga masih sibuk membuat persiapan untuk tujuan jualan beraneka ini.
“Saya gemar berkunjung ke gerai jualan beraneka acapkali berlangsungnya Pesta Ikan Bulu atau Pesta Benak di bandar ini memandangkan terdapat pelbagai jenis barangan menarik yang mampu diperoleh menerusi aktiviti ini,” katanya.
Terdahulu menerusi saiz tapak lot berukuran 10 X 10 kaki (satu kanopi), para peniaga akan dikenakan bayaran sebanyak RM120 bagi tujuan sewaan tapak terbabit ketika berlangsungnya Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman bermula 24 hingga 26 Julai ini.
Karnival Pesta Ikan Bulu ini bakal diselitkan beberapa acara menarik antaranya ialah Pemeriksaan Kesihatan, Pameran, Persembahan Artis, Pertandingan Memancing, Demonstrasi Luncur Benak, Pameran Pam Ski dan Persembahan Kebudayaan serta Artis,” kata jurucakap penganjur program terbabit. Selain acara Senaman Integrasi, Lumba Pam Ski, Lumba Bot, Pertandingan Teknik Menangkap Ikan Bulu, Pertandingan Senaman Poco-Poco, Polynemus Music Fest & Open Talent 2009, Pertandingan Tarian Tradisi, Pertandingan Citrarasa Ikan Bulu dan Ratu Ikan Bulu 2009 juga turut diadakan pada karnival itu nanti.
Tamat.

Thankz for the news bro... kelak madah agik mun da news baru.
ReplyDeleteThanks boss ada news send aja hehehe
ReplyDelete