Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 July, 2009

Orang Iban jangan mudah terpedaya - Nyalau


Caption: UNTUKMU...Nyalau ( empat kiri) menerima cenderamata daripada Tr Engkabie sambil diperhatikan Dr Rayong (tiga kiri) dan Geoffery (kiri sekali) dan Edwin (kanan sekali).


oleh Edwin Raoh (adik mendiang Michael Jackson)

ENGKILILI, Rabu (22 Julai) – Penduduk kaum Iban dari kawasan pedalaman dinasihat agar tidak mudah terpedaya dengan segala isu yang dilemparkan oleh pihak tertentu demi memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kursus Ummah anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) N.28 Engkilili di Rumah Engkabie, San Semanju, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

“Jangan mudah diperbodohkan oleh mereka menerusi isu tertentu. Mereka melemparkan isu dengan harapan agar penduduk kaum Iban dari kawasan pedalaman memberi sokongan politik terhadap mereka selepas ini.

“Justeru adalah amat penting bagi penduduk kaum Iban dalam kawasan pedalaman untuk menyedari tujuan sebenar mereka melemparkan isu kerana ianya bermotifkan politik...tidak lebih dari itu,” katanya.

Selain itu Nyalau juga mahu penduduk kaum Iban dari kawasan pedalaman negeri ini untuk menyedari bahawa kerajaan BN tidak pernah sesekali merampas tanah mereka selama ini.

Kerajaan menurut beliau akan melalui proses undang-undang dan prosedur tertentu sekiranya ingin mengambilalih tanah penduduk luar bandar bagi tujuan pembangunan untuk mereka semua.

“Kita beri pampasan kepada pemilik tanah sekiranya tanah mereka ini digunakan oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan yang seterusnya dapat memberi faedah kepada masyarakat itu sendiri dari segi aspek ekonomi dan sosial.

“Kerajaan bertindak sedemikian demi mempertingkatkan taraf hidup penduduk itu sendiri dan bukannya seperti golongan tertentu yang hanya pandai melemparkan isu sehingga memecahbelahkan pemikiran penduduk demi kepentingan politik masing-masing,” katanya.

Nyalau menerusi majlis terbabit telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) San Semanju dan RM3,000 kepada biro wanita rumah panjang tersebut.


Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja, Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Shyennier Jean Serit, Pembantu Luar Kanan JASA N. 28 Engkilili, Edwin anak Ancheh dan para ketua kaum dari Lubok Antu.

Tamat......







No comments:

Post a Comment