Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 July, 2009

Dari meja penulis: Pergi jahanam dengan si penciplak blog Utusan Sarawak cawangan Sri Aman!

Halo guys.
Penulis berasa cukup marah dan terkilan pada hari ini apabila terdapat pihak tertentu yang mencipta sebuah lagi laman web Utusan Sarawak cawangan Sri Aman iaitu di:
Penulis tidak pernah mencipta laman berita sri aman menerusi domain wordpress.com.
Untuk mengenalpastinya senang sahaja. Pada laman web berkenaan tertera gambar 'boyak' atau buaya si Bujang Senang.
Kemudian tertera juga mukadimah penulis di laman web berkenaan (yang di 'copy' dari halaman utama blog penulis).
http://sriamannews.wordpress.com/ ADALAH BUKAN LAMAN SEBENAR MILIK PENULIS!
Yang paling penulis kesalkan di sini ialah individu berkenaan mengambarkan dirinya sebagai seekor kuching dan menghina penulis dengan mengatakan bahawa buah jatopra boleh bertukar menjadi buah epal setelah dua tahun jika di tanam di kampung halaman penulis di Simunjan.
Penulis boleh 'menghidu' siapakah sebenarnya individu yang bertanggungjawab mengelirukan pengguna internet dengan memesongkan mereka dari laman web http://www.sriamannews.blogspot.com/ kepada http://sriamannews.wordpress.com/.
Jangan fikir penulis tidak dapat mengesan siapakah individu yang empunya kerja 'jahanam' seumpama ini.
Beritahu rakan-rakan anda bahawa http://sriamannews.wordpress.com/ adalah laman yang diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab berkenaan dari laman sebenar penulis iaitu http://www.sriamannews.blogspot.com/.
Utusan Sarawak cawangan Sri Aman yang sebenar boleh diakses dari laman http://www.sriamannews.blogspot.com/ dan bukannnya dari http://sriamannews.wordpress.com/.
Dari isi kandungan webnya sahaja kita boleh tahu yang mana betul atau tidak kerana laman web yang sebenar mempamerkan kesungguhan penulis untuk menawarkan maklumat kepada pengguna MANAKALA yang palsu pula hanya mempamerkan kerja si penipu yang sekadar hanya melepaskan 'batuk di tangga'.
Semoga TUHAN membalas 'jasa baik' individu yang berniat menjatuhkan laman blog Utusan Sarawak cawangan Sri Aman.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment