Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 July, 2009

Program Nafas Segar Tanpa Rokok dilancar di SMK Simanggang


Caption: KITA BAKAR DIA!!!Engkamat (depan tiga dari kanan) sambil dibantu oleh Buda (tiga dari kiri) dan tetamu undangan yang lain sedang membakar batang rokok sebagai tanda simbolik pelancaran program baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (22 Julai) – Golongan pelajar memerlukan aspek kesedaran yang tinggi sekiranya mahu bebas daripada tabiat merokok yang boleh membahayakan kesihatan diri masing-masing.

Justeru atas sebab itu sebuah program yang diberi nama Nafas Segar Tanpa Rokok anjuran Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman telah berlangsung di Dewan Raflesia, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang baru-baru ini.

“Program Nafas Segar Tanpa Rokok ini secara tidak langsung memberi pendedahan terhadap para pelajar tentang betapa bahaya amalan merokok terhadap kesihatan diri mereka sendiri.

“Justeru program ini dilihat sebagai satu peluang yang amat baik oleh pihak sekolah bagi mengelakkan penglibatan pelajar dalam tabiat negatif tersebut,” katanya Penolong Kanan I SMK Simanggang iaitu Engkamat Slapok ketika merasmikan program berkenaan baru-baru ini.

Selain itu golongan pelajar kata Engkamat adalah merupakan satu aset negara yang paling berharga memandangkan mereka ini kelak bakal menjadi menjadi tonggak kepimpinan negara pada masa depan.

Golongan ini tambah beliau memerlukan banyak bimbingan dari semua pihak agar mereka kelak menjadi individu yang sihat dan bebas dari segala tabiat sosial yang negatif dari masa ke semasa.

“Program ini adalah sesuai dan tepat pada masanya demi mewujudkan peluang bagi membentuk, melatih dan memupuk kesedaran dikalangan diri pelajar agar membenci rokok dan seterusnya membuang tabiat berkenaan.

“Moga-moga Program Nafas Segar Tanpa Rokok ini dapat melahirkan golongan pelajar yang berwawasan, bertanggungjawab dan mempunyai penampilan diri yang bersih serta sihat selepas ini,” katanya.

Hadir sama bagi menjayakan Program Nafas Segar Tanpa Rokok di SMK Simanggang itu ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Sri Aman, Buda Ason.

Tamat


No comments:

Post a Comment