Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 July, 2009

Fun Fair di Sri Aman tarik ribuan pengunjung


MENARIK...Rakaman gambar dari luar kawasan Pesta Ria ini menunjukkan peniaga mengambil peluang menjual barangan makanan dan minuman kepada orang ramai yang berkunjung ke situ.

SRI AMAN, Rabu (22 Julai) – Lebih 1,000 pengunjung membanjiri kawasan tapak Pesta Ria 2009 bertempat di tapak Pasar Tamu Lama bersebelahan Stesen Bas Sarawak Transport Company (STC) dalam bandar Sri Aman yang telah mula dibuka kepada orang ramai semenjak 18 Julai lalu.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati bahawa Pesta Ria 2009 mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai walaupun Sri Aman dengan keadaan cuaca yang amat baik pada masa sekarang.

Billy Jay William, 22, ketika ditemui berkata sambutan Pesta Ria 2009 kali ini dianggap lebih menarik memandangkan pesta ria kali ini menawarkan pelbagai permainan lebih menarik berbanding pada sambutan pesta ria sebelumnya.

“Hujan atau tidak saya tetap akan datang. Ini kerana Pesta Ria pada tahun ini dirasakan lebih baik kerana ada permainan baru Roda Gergasi dan Kereta Langgar yang semestinya menarik minat orang ramai,” katanya.

Edwin Nanggah, 33, berpendapat penganjuran Pesta Ria kali ini mampu menaikkan status ekonomi dan secara tidak langsung mempertingkat taraf hidup penduduk di kawasan bandar Sri Aman.

“Pesta Ria boleh dianggap sebagai temasya yang cukup menarik selagi pihak penguatkuasa seperti polis dengan kerjasama RELA dan lain-lain agensi bukan kerajaan menjaga keselamatan pengunjung di tapak ini.

“Harapan saya ialah agar Pesta Ria seumpama ini terus diadakan pada masa seterusnya supaya lebih ramai pengunjung terutamanya yang datang dari luar datang kerana ianya secara tidak langsung boleh mempromosi bandar Sri Aman,” katanya.

Pesta Ria Sri Aman 2009 dijangka akan berakhir pada 19 Ogos ini. Orang dewasa dan kanak-kanak hanya akan dikenakan bayaran masuk ke tapak pesta ini sebanyak RM2 untuk setiap seorang.

Orang ramai yang berkunjung ke Pesta Ria berpeluang menyertai pelbagai jenis permainan menarik yang disediakan dalam temasya berkenaan disamping menyaksikan persembahan lagu oleh artis rakaman Iban tempatan di negeri ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment