Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS
SRI AMAN, Rabu (8 Julai) - Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis mengingatkan para penduduk tempatan sekitar daerah ini akan betapa pentingnya peranan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) dalam mempertingkatkan lagi status pembangunan sekitar daerah Sri Aman.
Katanya, para penduduk perlu sedar akan betapa pentingnya peranan JKKK memandangkan ia berperanan sebagai sebuah ‘jambatan’ yang menghubungkan kerajaan dan penduduk demi memastikan kemajuan berterusan dari segi pelbagai aspek dalam sesebuah kelompok penduduk masa kini.
“Dengan tertubuhnya JKKK, kerajaan tidak akan mempunyai sebarang kerumitan untuk mengenalpasti masalah berkenaan dan seterusnya melaksanakan pelbagai program atau projek yang mampu menyelesaikan permasalahan tersebut,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam anjuran JKKK Taman Siang bertempat di salah sebuah restoran tempatan di sini malam kelmarin.
Sementara itu, beliau juga menasihatkan agar JKKK memainkan peranan mereka untuk memelihara kebajikan serta memastikan agar taraf keselamatan setiap ahli penduduk sentiasa terjamin.
Kata Harden, setiap ahli JKKK perlulah meningkatkan tahap kerjasama di antara mereka demi memastikan setiap program yang berkaitan dengan kebajikan serta keselamatan anggota penduduk itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
“Penduduk telah melantik setiap anggota dalam sesebuah JKKK berkenaan dan mereka haruslah menjalankan kewajipan mereka dengan penuh komitmen demi merealisasikan kehendak penduduk selama ini,” katanya.
Turut hadir sama pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pengerusi JKKK Taman Siang, Edmeade Rujis, para pegawai kakitangan kerajaan dan ketua kaum dari sekitar daerah ini.
Tamat..
No comments:
Post a Comment