Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 July, 2009

Tingkat mutu perkhidmatan menerusi ‘One Government At Your Service’ - Harden




Caption:

1. SEDIA...Harden (kiri) sambil dibantu oleh Shamshuddin (kanan) sedang bersedia untuk menyempurnakan simbolik pelancaran logo sambil disaksikan (dari kiri sekali) oleh Sarudu, Rayong, Mong, Simoi dan Ghafur ketika berlangsungnya majlis hari ini.

2. NYANYIKAN BERSAMA...(dari kanan) Shamshuddin, Harden, Mong, Rayong dan Simoi ketika sedang bersama-sama hadirin menyanyikan lagu tema majlis di sini hari ini.

SRI AMAN, Isnin (20 Julai) – Pengenalan slogan ‘One Government At Your Service’ bakal mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan jabatan kerajaan di semua peringkat bahagian dalam negeri ini menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Ini kerana menurut beliau ‘One Government At Your Service’ yang diperkenalkan sejajar dengan perlancaran ‘An Honour To Serve’ pada 30 Mac lalu ini menyeru semua penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melangkaui kebiasaan skop serta bidang tugas masing-masing terhadap pelanggan (penduduk).

“Matlamatnya ialah mewujudkan satu kaunter perkhidmatan yang menyaksikan wujudnya interaksi di antara pelanggan dan penjawat awam di setiap jabatan kerajaan dalam negeri ini.

“Penjawat awam menerusi slogan ini sekurang-kurangnya dapat memberi panduan atau rujukan terhadap pelanggan bagi tujuan tindakan lanjut yang seterusnya jika mereka bertugas luar dari bidang kuasa masing-masing,” katanya.

‘One Government At Your Service’ ini tambah Harden secara tidak langsung juga akan menjimatkan masa dan kos perjalanan serta memberi kepuasan terhadap pelanggan dari kawasan luar bandar yang datang ke jabatan kerajaan di bandar untuk tujuan khidmat tertentu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Logo An Honour To Serve dan One Government At Your Service bagi Peringkat Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Selain itu kepuasan hati rakyat menurut Harden hendaklah dijadikan sebagai penanda aras kepada kejayaan sektor awam di negeri ini.

Para penjawat awam menurut beliau perlu prihatin dan meletakkan keutamaan yang tinggi kepada kepentingan serta kebajikan rakyat setempat dalam mengukur capaian prestasi serta keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Justeru saya berharap agar slogan yang telah digubal ini bukan sekadar gimik kosong yang hanya diwar-warkan dengan megah pada masa kini tanpa gagal dihayati serta dilaksanakan sepenuhnya,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Abdul Ghafur Sharif, ADUN Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Bukit Begunan Mong Dagang, Pengarah Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri, Haji Sarudu Haji Hoklai dan Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji.

Sejumlah 16 buah jabatan kerajaan dari kawasan Bahagian Sri Aman membuka kaunter mini pameran yang diadakan bersempena dengan pelancaran kedua-dua slogan kata di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment