Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 July, 2009

SUPP simanggang anjur Majlis Ulangtahun ke-50 penubuhan cawangan parti pada 6 Julai ini

SRI AMAN, Jumaat (3 Julai) - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang dan Lingga akan menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam Bersama 2009 bertempat di Dewan Suarah, Sri Aman pada 6 Julai ini bermula jam 7.30 malam.

Kenyataan media dari parti SUPP Cawangan Simanggang semalam memberitahu majlis makan malam terbabit diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Parti berkenaan yang ke-50 tahun.

"Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden Parti SUPP Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam akan hadir bagi merasmikan majlis makan malam itu nanti.

"Turut hadir sama pada majlis itu nanti ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang merangkap Pengerusi Parti SUPP Cawangan Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis," menurut kenyataan terbabit.

Pelbagai acara menarik akan diselitkan menerusi majlis itu nanti antaranya ialah majlis angkat sumpah untuk ahli parti, acara memotong kek, pelancaran buku 'Directory SUPP Cawangan Simanggang' dan Penghargaan kepada ahli-ahli Veteran SUPP.

Menurutnya lagi, mereka yang telah mendapatkan tiket Majlis Jamuan Makan Malam Bersama 2009 berkenaan dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan lagi suasana sambutan majlis itu nanti.

Tamat...

No comments:

Post a Comment