Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 July, 2009

Sri Aman versus Finexsys 2 Ogos ini!


Mugshot: ABANG NOREN ABANG NARUDDIN

SRI AMAN, Isnin (27 Julai) – Peminat bola sepak dari sekitar bandar Sri Aman berpeluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan di antara skuad Merpati Putih (Sri Aman) dan skuad Kelab Finexsys pada 2 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi SAFA, Abang Noren bin Abang Naruddin ketika ditemui berkata perlawanan persahabatan itu nanti akan berlangsung di Padang Kompleks Sukan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman pada jam 4 petang menerusi tarikh yang dinyatakan.

“Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran para pemain tempatan dalam skuad Merpati Putih bagi menghadapi kempen perlawanan bola sepak di negeri ini pada akan datang.

“Malahan perlawanan persabahatan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para peminat untuk menyaksikan dari dekat aksi serta kebolehan para pemain bintang yang bakal dalam kedua-dua skuad ini nanti,” katanya.

Untuk itu skuad Merpati Putih ini menurut beliau akan menurunkan dua orang pemain handalan tempatan untuk menentang skuad Finexsys dari Kuching pada 2 Ogos nanti iaitu Awang Saifullah dan Abang Yahya.

Manakala skuad Finexsys pula kata Noren akan menurunkan dua beradik kembar yang pernah beraksi cemerlang untuk skuad Sarawak iaitu Ramos dan Ramles Sari pada perlawanan persahabatan bola sepak itu nanti.

“Perlawanan persahabatan ini nanti dijangka sengit memandangkan skuad Merpati Putih juga mempunyai dua orang pemain handalan yang pernah beraksi untuk skuad Sarawak.

“Justeru pihak SAFA menjemput orang ramai dari sekitar bandar ini untuk hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan persahabatan di antara skuad Merpati Putih dan Finexsys mengikut masa dan lokasi yang dinyatakan,” katanya.

Perlawanan persahabatan bola sepak di antara kedua-dua skuad terbabit pada 2 Ogos ini nanti akan disaksikan oleh Residen Bahagian Sri Aman iaitu Abang Shamshuddin bin Abang Seruji.

Tamat.

No comments:

Post a Comment