Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 July, 2009

SMK Simanggang anjur Latihan Memadam Kebakaran




Caption:

1.CUBA...Ibrahim Majain sedang menguji alat pemadam kebakaran sambil dibantu oleh Bangga dan Seliman ketika berlangsungnya program terbabit hari ini.

2.TUMPUAN...Gambar menunjukkan para pelajar dan kakitangan SMK Simanggang sedang berhimpun di padang sekolah untuk menyaksikan demonstrasi memadam kebakaran di situ hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (31 Julai) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang telah menganjurkan Program Latihan dan Pencegahan Kebakaran menerusi kendalian Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman yang berlangsung di Dewan Rafflesia sekolah berkenaan hari ini.

Program ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang tatacara yang selamat serta tertib untuk menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran telah pun berlangsung di sekolah berkenaan bermula dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi.

Ianya telah dimulakan dengan ceramah mengenai kebakaran dan kerjaya sebagai seorang anggota bomba yang dikendalikan oleh Bangga anak Baie dan Seliman bin Ikrel dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman.

Pengetua SMK Simanggang, Ibrahim Majain kemudiannya menyampaikan ucapan kata aluan sebelum menyampaikan cenderamata kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman yang terlibat bagi menjayakan program berkenaan.

Majlis kemudiannya disusuli dengan demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan latihan kebakaran yang diadakan di padang sekolah tersebut sambil disaksikan oleh semua pelajar dan kakitangan sekolah yang hadir.

“Menerusi Latihan dan Pencegahan Kebakaran ini, para pelajar dan kakitangan sekolah telah diajar tentang cara menggunakan alat pemadam kebakaran yang jikalau berlakunya kejadian seumpama itu di kawasan masing-masing selepas ini.

“Justeru diharap agar latihan ini akan membolehkan para peserta menyebarkan maklumat mengenai langkah pencegahan kebakaran rakan-rakan atau penduduk di kawaan penempatan mereka selepas ini,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment