Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 July, 2009

PBB Simanggang melawat ke Dewan Parlimen

Caption: UNTUK KENANGAN...Suhaili (duduk kanan sekali) sedang merakamkan gambar kenangan bersama AJK PBB N27 Simanggang di Anjung Galeria Sri Perdana ketika berlangsungnya lawatan terbabit.

SRI AMAN, Rabu (1 Julai) – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.27 Simanggang telah mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur bermula dari 22 hingga 25 Jun lalu.

Lawatan ke Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur itu telah disertai seramai 13 orang ahli jawatankuasa (AJK) cawangan parti terbabit yang diketuai oleh penyelarasnya iaitu Suhaili Abang Abu Samy.

Beliau ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini berkata lawatan terbabit bertujuan untuk membolehkan AJK PBB cawangan N.27 Simanggang untuk melihat secara langsung perbentangan dan perdebatan yang melibatkan ahli parlimen dalam negara ini.

“Ia merupakan projek lawatan sambil belajar oleh pihak kami. Menerusi lawatan terbabit, semua ahli berpeluang untuk melihat proses persidangan parlimen yang membabitkan wakil rakyat kita dan dari lain-lain negeri.

“Menerusi lawatan itu, pihak kami berpeluang mendapat manfaat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses perjalanan demokrasi di parlimen yang menjadi tunjang kepada pemerintahan di negara kita,” menurut beliau.

Selain itu pihaknya juga menerusi lawatan terbabit turut berkunjung ke tempat bersejarah di Bandar Melaka, Galeria Sri Perdana, Kuala Lumpur City Centre, Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putera Jaya ,Kampong Homestay Berungis Sepang serta kawasan Nilai Negeri Sembilan.

Pada waktu malam itu pula rombongan terbabit menurut Suhaili telah diraikan menerusi majlis makan malam oleh beberapa orang ahli kenamaan termasuk Datuk Peter Chin Fah Kui, Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Program lawatan ini telah dikelolakan oleh Pejabat Parlimen P.190 Santubong atas inisiatif Ahli Parlimen Santubong selaku Ketua cawangan PBB N27 Simanggang, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

“Jadi pihak kami berharap agar semua ahli yang terlibat beroleh manfaat dan pengalaman terbaru menerusi aktiviti lawatan sambil belajar ke parlimen itu,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment