Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 July, 2009

Nyalau 'jemput' Awang Hadi ke Lubok Antu

Caption: BOOO!!Nyalau (empat kiri) dan Rayong (lima kiri) bersama para penduduk Lubok Antu menuding ibu jari ke bawah sebagai isyarat menunjukkan kebodohan kenyataan Hadi dalam majlis itu.

LUBOK ANTU, Khamis (30 Julai) - Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak menjemput Presiden Parti Islam SeMalaysia Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk datang sendiri ke kawasan Batang Ai untuk melihat sendiri pembangunan pesat yang sedang dinikmati oleh penduduk kaum Iban dari rumah panjang di sini.

“Pada masa yang sama saya mahu beliau (Awang Hadi) melihat dengan mata sendiri tentang gaya hidup penduduk kaum Iban yang kini telah maju ke depan setaraf dengan lain-lain kaum di negara ini.

“Justeru kenyataan yang mengelar kaum Iban ‘masih pakai cawat’ sebagai punca utama tidak memberi undi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil Batang Ai pada bulan April lalu adalah kenyataan yang cukup bodoh dan biadap,” menurut jelasnya beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Karak, Stengin, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas N.28 Engkilili baru-baru ini.

Sementara itu Hadi tegas Nyalau harus memohon maaf kepada penduduk kaum Iban kerana gelaran terbabit secara tidak langsung telah menguriskan hati penduduk kaum Iban di Sarawak terutamanya dari kawasan Batang Ai.

“Penduduk kaum Iban di Batang Ai tidak mundur lagi berbanding zaman dahulu. Apa yang Awang Hadi katakan itu sudah ketinggalan zaman dan sama sekali tidak boleh diterima oleh penduduk di sini.

“Barangkali pembangunan di kawasan Batang Ai jauh lebih maju daripada kawasan yang dipegang oleh Hadi sendiri. Justeru saya dan penduduk di sini mahu mereka menuntut maaf brhubung kenyataan terbabit,” katanya.

Dalam majlis itu Nyalau telah mengumumkan peruntukkan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebanyak RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Setengin.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah anak Girie, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar daerah itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment