Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2009

Muka baru Kelab Gimnasium Sri Aman sesi 2009 / 2010


Caption: UNTUK ALBUM...Zulhairi (tengah tiga dari kanan) sedang bergambar kenangan bersama AJK baru Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman yang lain sebaik sahaja selesai mesyuarat semalam.

SRI AMAN, Rabu (15 Julai) – Zulhairi bin Sulaiman telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman yang baru bagi sesi tahun 2009 / 2010 berkuatkuasa mulai semalam.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Majistret Sri Aman telah dipilih oleh semua ahli kelab terbabit bagi mengantikan mantan pengerusinya iaitu Asnol Raimi Ahmad menerusi mesyuarat yang berlangsung pada jam 5.30 petang semalam di Rumah MAKSAK, Sri Aman.

Manakala itu jawatan Setiausaha Kehormat Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman ini pula telah dipangku oleh Erwin anak Lamat manakala Ellison anak Lingoh pula mengisi jawatan Timbalan Pengerusi bagi kelab terbabit.

Yakub bin Haji Zamahari dari cawangan Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman yang bertindak menarik diri daripada dicalonkan sebagai pengerusi kelab berkenaan sebelum itu telah mengekalkan posisinya selaku Jurulatih dan Pemantau Gimnasium Rakyat terbabit.

Jawatan Bendahari bagi kelab ini pula diisi oleh Rogayah binti Ali dari Ibupejabat Polis Diraja Malaysia manakala guru dari SMK Melugu iaitu Vyonnie Maclean anak Pugie pula dilantik sebagai Setiausaha Kerja bagi Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman berkenaan.

Dua lagi jawatan iaitu Ahli Jawatankuasa Kebersihan dan Kebajikan pula masing-masing diisi oleh Morgan anak Alban dan Awang Kelana bin Awang Mahuddin.

Kakitangan dari Utusan Sarawak cawangan Sri Aman pula telah diberi penghormatan pada mesyuarat terbabit apabila dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Publisiti kelab berkenaan.

Mesyuarat yang bermula dari jam 5.30 petang hingga 6.40 petang itu turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman iaitu Mark Leroy Anthony. Ia membabitkan pembubaran ahli jawatankuasa Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman 2008 / 2009 ini telah menyaksikan kehadiran muka baru bagi mengisi lapan jawatan kelab berkenaan.


Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman yang telah didaftarkan bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada tahun lepas kini beroperasi di Rumah MAKSAK Sri Aman yang terletak di Jalan Kolam Air.

Gimnasium Rakyat Sri Aman untuk kegunaan lelaki dan wanita dalam bandar ini akan dibuka pada setiap hari di Rumah MAKSAK berkenaan bermula dari jam 5 petang hingga 8 malam dengan bayaran kemasukan berjumlah RM1 seorang.

Tamat.




No comments:

Post a Comment