Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2009

JKKK perlu buat dan update profile kampung - Felicia

SRI AMAN, Sabtu (18 Julai) – Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dalam daerah ini dinasihat untuk menghasilkan profil mengenai latar belakang dan lain-lain maklumat mengenai kampung masing-masing demikian menurut Timbalan Residen (Bahagian Pembangunan Sosial) Sri Aman, Felicia Tan.

Menurut beliau profil kampung amat penting demi memudahkan lagi urusan hal ehwal pembangunan di antara JKKK dan jabatan kerajaan di sesebuah kawasan penempatan kampung atau rumah panjang itu.

“JKKK harus menyediakan profail kampung yang merangkumi data seperti latar belakang kampung, jumlah penduduk, jenis sumber pendapatan, maklumat tahap pendidikan penghuni kampung dan banyak lagi.

“Dengan adanya profail ini, kerajaan menerusi jabatan mereka secara tidak langsung akan dapat merancang jenis program pembangunan yang boleh dilaksanakan demi kebaikan penduduk bagi sesebuah kampung atau rumah panjang itu sendiri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2009 anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bertempat di Rumah Maja anak Bala, Kenyungan, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Felicia juga mahu kesemua JKKK dalam kawasan daerah ini untuk sentiasa mengemaskini profail kampung masing-masing bagi setiap tahun demi memudahkan urusan mereka dengan kerajaan pada masa akan datang.

Justeru langkah ini kata beliau akan membolehkan rumah panjang atau kampung di daerah ini membangun secara sistematik dan teratur menerusi projek pembangunan yang akan dilaksana oleh kerajaan sepanjang masa.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pegawai JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment