Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 July, 2009

Jampi cabar orang Dayak dari barisan pembangkang utk kutuk Hadi Awang


Mugshot: JAMPI TUTONG

SRI AMAN, Sabtu (25 Julai) - Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Bersatu N.29 Batang Ai, Jampi Tutong mencabar orang Dayak daripada pihak pembangkang untuk tampil mengutuk tindakan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung komennnya terhadap penduduk Batang Ai sebelum ini.

Terdahulu Hadi Awang menerusi kenyataannya di Malaysiakini.com pada 11 Julai lalu mendakwa kekalahan pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Batang Ai pada 7 April lalu adalah disebabkan oleh pengundinya yang tidak reti undi dan masih memakai cawat.

“Pihak pembangkang termasuk orang Dayak di situ harus menyatakan pendirian masing-masing sama ada mereka bersetuju atau tidak mengenai kenyataan Hadi Awang berkenaan walaupun ia dianggap hanya lawak semata-mata oleh pihak berkenaan.

“Ingin saya ingatkan kepada mereka (pembangkang) bahawa kami di pihak Barisan Nasional (BN) tidak pernah berlawak dalam mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan sensitiviti sesebuah kaum...jadi sila tampil jelaskan pendirian mengenai isu ini,” tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Selain itu kata Jampi yang juga Exco Pemuda PBB, golongan intelektual dari kawasan Batang Ai, Lubok Antu juga telah meluahkan rasa tidak puashati masing-masing terhadap penghinaan terbabit dan sekaligus menyarankan agar idealisme PAS diketepikan sama sekali selepas ini.

Malahan kenyataan terbabit menurut beliau juga berbaur perkauman, angkuh, tidak sensitif dan tidak adil ke atas penduduk Batang Ai kerana kenyataan sebegini dikeluarkan tanpa Hadi sendiri datang ke rumah panjang dan melihat gaya hidup penduduk di Batang Ai.

“Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa keharmonian kaum di Malaysia akan tergugat disamping wujudnya penindasan terhadap kaum minoriti sekiranya PAS memegang tampuk kuasa dalam negara ini.

“Lagipun kami merasakan bahawa Hadi Awang hanya seorang jaguh kampung dan tidak layak untuk disebut sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh mahupun terbuka berhubung kenyataan terbabit,” katanya sambil menambah bahawa BN sahaja yang boleh membawa pembangunan di kawasan Batang Ai.

Justeru Jampi selaku mewakili Pergerakan Pemuda PBB N.29 Batang Ai mahu Hadi Awang menarik balik kenyataan beliau disertakan dengan permohonan maaf secara bertulis dan umum daripada beliau sendiri kepada penduduk Batang Ai selepas ini.

Tamat.







No comments:

Post a Comment