Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 July, 2009

Gerenek Alif juara Petanque Triple


UNTUK ALBUM...Shamshuddin (tengah), Dahlan (empat kanan) serta ahli jawatankuasa yang lain merakamkan gambar kenang-kenangan bersama para pasukan pemenang selepas berakhirnya pertandingan terbabit baru-baru ini.

SRI AMAN, Selasa (7 Julai) – Pasukan Gerenek Alif muncul johan Pertandingan Petanque Triple Terbuka Bahagian Sri Aman 2009 yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Agama, Sri Aman bermula 4 hingga 5 Julai lalu.

Pasukan Gerenek Alif yang dibarisi oleh Shahrulnizam Yusuf, Hamdan dan Mohd Zikrullah Affandi telah membuktikan kehebatan mereka dengan menyingkirkan saingan 40 buah pasukan dari Kuching, Sarikei, Sibu, Miri, Bintulu, Mukah dan Sri Aman dalam pertandingan tersebut.

Dengan kemenangan itu maka pasukan Gerenek Alif telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 500 beserta pingat untuk setiap seorang.

Sementara itu pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong ‘B’ pula muncul sebagai pasukan pemenang naib juara bagi pertandingan anjuran Persatuan Petanque Sri Aman itu.

SMK Santubong 'B' yang dianggotai oleh Mohd Hamidi Mustafa, Mohd Zaraf Merais dan Edri Hafizurrahman Razali berhasil membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300 beserta pingat untuk setiap seorang.

Pemenang tempat ketiga bagi Triple Terbuka Bahagian Sri Aman itu pula disandang oleh Pasukan HornBill 'A'.

Abdul Khalil Salehin, Iskandar bin Willi dan Mohd Nazari Kipli menerusi pasukan terbabit telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 200 dan pingat untuk setiap seorang.

Sementara itu Pasukan Gerenek TSA hanya sekadar tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut.

Khairul Ariffin, Hamrol dan Zaimi dari pasukan itu berhasil membawa pulang hadiah berupa pingat untuk setiap seorang.

Terdahulu dari itu, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji.

Hadir sama pada majlis penutupan pertandingan berkenaan, Pengerusi Persatuan, Dahlan Ham serta ahli jawatankuasa yang lain.

Tamat...
P/s: Petanque merupakan sebuah game yang memerlukan seorang pemainnya dengan berbekalkan 11 biji bola (boules) untuk membaling ke arah bola besi kecil (joker) di atas padang. Mata dikira berdasarkan kepada balingan terdekat. Pemain yang mengumpul mata terbanyak dari 11 mata (11 biji boules) untuk satu game dikira pemenang.

No comments:

Post a Comment