Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 July, 2009

Berdiri teguh belakang BN demi pembangunan ujar Whelton


Caption: PENERANGAN...Whelton ketika berucap pada Program Bicara Gemilang di Skim Melugu semalam.

SRI AMAN, Jumaat (10 Jun) – Projek pembangunan di dalam semua kawasan di negeri ini akan dapat dilaksanakan dengan penuh lancar sekiranya rakyat terus berdiri teguh di belakang kerajaan yang diteraju oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi berkata wajah pembangunan negeri Sarawak pada hari ini adalah hasil sokongan rakyat terhadap Dasar Politik Pembangunan yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semenjak 30 tahun lalu.

“Menerusi Dasar Politik Pembangunan yang dibawa oleh Pehin Sri Taib, rakyat pada sekarang telah menikmati pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur serta peningkatan taraf hidup semenjak mereka menyokong kuat BN selama ini.

“Sokongan berterusan seperti inilah yang kita mahukan daripada rakyat supaya kerajaan dapat terus merangka serta melaksanakan pelan pembangunan di semua kawasan dalam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Gemilang 2009 bertempat di laman kediaman Rumah Bruen, Skim Melugu, Sri Aman anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman semalam.

Whelton turut menambah bahawa pihak pembangkang tidak akan mampu membawa pembangunan kepada rakyat sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan di negeri ini.

Ini kerana kata beliau pembangkang tidak akan mampu merangka kembali dasar pentadbiran dan pembangunan kerajaan sepertimana yang telah BN lakukan selama ini demi kebaikan rakyat.

“Justeru untuk melihat negeri ini terus maju pada tahun akan datang saya menasihatkan semua rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada BN dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong anak Dagang, Timbalan Residen Bahagian Pembangunan Sosial, Felicia Tan, Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Shyennier Jean Serit, Jurutera JKR Sri Aman, Nasaruddin Abu Jabar, Pegawai JASA P.203 Lubok Antu, Jeoffery Ricky Maba, para wakil pegawai dan ketua kaum dari daerah ini.

Tamat.











No comments:

Post a Comment