Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 July, 2009

AZAM anjur Randau Agenda Sosial di Betong


Caption: PANTAU...Dr Anthony (tengah) dan Edwin Tawie (kanan beliau) sedang memantau proses pembincangan kumpulan ketika berlangsungnya Program Randau Agenda Sosial itu hari ini.

BETONG, Khamis (30 Julai) – Angkatan Zaman Mangsang Sarawak (AZAM) telah menganjurkan Program Randau Agenda Sosial bertempat di Dewan Panglima Rentap, Betong hari ini.

Program Randau Agenda Sosial yang melibatkan sejumlah 53 orang peserta agensi jabatan kerajaan, sekolah, persatuan ibubapa dan guru serta badan bukan kerajaan ini juga mendapat kerjasama daripada pertubuhan Konrad-Adenauer-Stiftung, ementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) dan Pejabat Residen Bahagian Betong.

Ketua Unit Pembangunan Komuniti AZAM, Edwin Tawie ketika ditemui berkata Program Randau Agenda Sosial ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas daripada agensi berkaitan serta masyarakat setempat mengenai isu dan punca berlakunya masalah sosial di kawasan Pusa, Beladin dan Meludam.

“Selain itu Program Randau Agenda Sosial ini menyumbang kepada tinjauan dan penyediaan pelan tindakan bagi menangani cabaran sosial di Bahagian Betong yang akan dirangka oleh pihak KPSU.

“Dengan adanya pelan tindakan itu nanti pihak kami berharap agar dapat membasmi kemasukan masalah sosial di kawasan ini termasuklah penyalahgunaan dadah, menghidu gam, meminum minuman keras di kalangan remaja bawah umur, pergaulan bebas,” menurut beliau.

Malahan menurut Edwin Program Randau Agenda Sosial terbabit juga boleh meningkatkan jalinan kerjasama, penyelarasan dan saluran komunikasi yang lebih mantap dan berkesan antara semua agensi serta pihak yang berkenaan.

Justeru beliau berharap agar AZAM sebagai sebuah badan bukan kerajaan di negeri ini dapat terus menyumbang ke arah usaha pembangunan negara melalui proses komunikasi dan interaksi yang lebih efisien dan efektif di masa akan datang.

Program Randau Agenda Sosial terbabit bermula pada jam 8.30 pagi menerusi sesi pembentangan Agenda Sosial Negeri Sarawak yang dikendalikan oleh Aishah Edris dari Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi.

Program itu diteruskan lagi dengan sesi pembentangan bertajuk Trend dan Senario Semasa Pembangunan Sosial di Betong dan sesi randau bertajuk Menangani Cabaran Pembangunan Sosial di Bahagian Betong: Satu Perkongsian Pengalaman.

Sesi diteruskan lagi dengan perbincangan kumpulan mengenai penyediaan rangka pelan tindakan sosial untuk bahagian Betong dan sesi perbentangan kumpulan yang dipengerusikan oleh Aishah Edris.

Sesi pengulungan Program Randau Agenda Sosial di Dewan Panglima Rentap Betong pada jam 5 petang hari ini telah dihadiri oleh Residen Bahagian Betong iaitu Romie Sigan Daniel dan timbalannya (sosial) Dr Anthony Valentine Laiseh.

Tamat.

No comments:

Post a Comment