SIMANGGANG: Pusat Penempatan Sementara Gelandangan (PPSG)
di Mini Stadium Sri Aman telah menerima kunjungan Menteri Muda Kesejahteraan
Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis pada pagi Jumaat lepas.
Tujuan utama kunjungan beliau adalah untuk memantau
keadaan golongan gelandangan yang sedang ditempatkan di situ berhubung
perlaksanaan arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa
sekarang.
"PPSG ini telah dibuka pada 7 April lepas dan sedang
menempatkan seramai sembilan individu gelandangan yang kini sedang dikawal
selia oleh Bahagian Penguatkuasa Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (JKMB)
Sri Aman.
"Pengendalian pusat ini diketuai oleh Mohamad Nazri
Mohamad Sharkawi dari Bahagian Penguatkuasa JKMB Sri Aman sambil dibantu oleh
sembilan orang sukarela kebajikan, tiga anggota APM dan tiga anggota RELA yang
bertugas secara bergilir-gilir di situ pada masa sekarang," kata beliau.
Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Simanggang berkata kesemua individu gelandangan di pusat ini telah didedahkan
dengan aktiviti kreatif seperti melukis dan bersenam selain melibatkan diri
dalam aktiviti kekemasan diri.
Malahan pihak pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan
Bahagian Sri Aman kata beliau juga sentiasa memantau aspek kesihatan kesemua
individu gelandangan ini dan turut dibekalkan dengan makanan serta pakaian
ketika berada di pusat itu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
JKMB Sri Aman kerana mempunyai inisiatif untuk menempatkan kesemua individu
gelandangan berkenaan ketika berlangsungnya arahan penguatkuasaan PKP sekarang
ini.
"Justeru saya berharap agar kesemua individu
gelandangan berkenaan dapat diurus dan dihantar ke pusat pemulihan atau
perlindungan yang terdapat dalam negeri ini jika PKP sudah ditamatkan
kelak," kata beliau.
Harden buat masa kini sedang bertindak sebagai Penyelaras
Pengagihan Bantuan Makanan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N32 Simanggang dan
DUN N33 Engkilili ketika berlangsungnya penguatkuasaan PKP pada masa sekarang.
Tamat
No comments:
Post a Comment