DSP Bingkok John, KPD Sri Aman |
SIMANGGANG: Seramai enam individu telah dituduh di
Mahkamah Majisret Sri Aman semalam kerana didapati ingkar terhadap
penguatkuasaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Bingkok John berkata
kesemua mereka dituduh di bawah Peraturan 3(1) dan 6(1) Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan
Tempatan Jangkitan)(No.2) 2020.
Lima daripada enam tertuduh berkenaan katanya telah
mengaku bersalah pada perbicaraan tersebut dan telah dijatuhkan hukuman denda
sebanyak RM700 seorang oleh mahkamah.
Manakala itu seorang lagi tertuduh kata Bingkok telah
dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu oleh pihak mahkamah dari tarikh
mula perbicaraan setelah gagal membayar denda sebanyak RM800 berikutan
kesalahan berkenaan.
"Saya menasihatkan orang ramai di Sri Aman agar
serius mematuhi PKP kerana pihak kami tidak akan teragak-agak untuk menahan dan
mendakwa mereka di mahkamah jika didapati masih ingkar terhadap arahan
berkenaan.
"Begitu juga dengan ibu bapa di sini. Saya memohon
kepada mereka agar bertindak melarang pergerakan anak-anak ke luar rumah tanpa
alasan munasabah kerana PKP masih dikuatkuasa pada masa sekarang,"
katanya.
Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman katanya juga akan
terus melaksana rondaan dan pemantauan perintah PKP di kawasan ini demi
memastikan penduduk terus mematuhi arahan berkenaan dari masa ke semasa.
Terdahulu kesemua enam tertuduh berkenaan dihadap ke
Mahkamah Majistret Sri Aman setelah didapati ingkar arahan PKP menerusi satu
operasi yang dilaksana oleh IPD Sri Aman dalam sekitar bandar dan kampung di
sini pada 17 April lepas.
Tamat
No comments:
Post a Comment