Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2020

240 keluarga di Engkilili masih terima agihan bantuan makanan



ENGKILILI: Sejumlah 230 Isi Ketua Rumah (KIR) dari 45 buah rumah panjang dalam kawasan ini telah menerima agihan bantuan makanan di Dewan Serbaguna Pekan Engkilili pagi tadi.

Proses agihan kepada semua KIR berkenaan telah bermula pada jam 9 pagi sambil dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sri Aman, Pejabat Residen Sri Aman, Majlis Daerah Lubok Antu (MLDA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman.

Utusan Sarawak difahamkan bahawa bekalan makanan tersebut diagih bagi membantu mana-mana KIR di kawasan Engkilili yang masih belum menerima bantuan berkenaan sebelum ini.

"Bantuan bekalan makanan bagi 230 KIR untuk DUN Engkilili dilaksanakan hari ini walaupun program agihan makanan itu bagi kawasan ini sudah berakhir pada Ahad lepas.

"Agihan bekalan makanan ini menunjukkan Kerajaan Sarawak serius dalam memastikan semua KIR di Engkilili menerima bantuan tersebut semenjak bermula arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini," kata jurucakapnya.

Beliau juga menasihat penduduk di Engkilili agar terus mematuhi PKP demi mengelak mereka terdedah terhadap risiko jangkitan pandemik COVID-19 di dalam negeri ini.

"Kami mohon kepada kesemua penduduk di sini agar sentiasa peka terhadap saranan kerajaan yang disampaikan menerusi arus media perdana sepanjang berlangsungnya arahan PKP ini," katanya.

No comments:

Post a Comment