Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2020

Pemuda dikompaun RM1K seorang langgar arahan PKP di Sri Aman


SIMANGGANG: Dua orang pemuda telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 seorang setelah didapati melanggar arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam bandar ini malam tadi (Jumaat).

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Bingkok John berkata kedua-dua pemuda tersebut didapati bersalah melanggar PKP ketika berlangsung tugas Sekatan Jalan Raya (SJR) Ops COVID-19 di Simpang Bungkang dalam bandar ini sekitar jam 1.40 pagi.

Sebelum itu katanya, kedua-dua pemuda berusia 21 dan 25 tahun berkenaan sedang menuju ke bandar ini dari arah Lubok Antu dengan menunggang sebuah motorsikal sebelum ketibaan mereka ditahan oleh pasukan SJR di kawasan simpang berkenaan.

"Ketika disoal, mereka memberitahu bahawa tujuan kedatangan ke bandar ini adalah untuk melawat saudara sebelum pasukan SJR mendapati bahawa kedua-dua pemuda tersebut tidak memiliki sebarang dokumen kebenaran bergerak.

"Disebabkan ketiadaan dokumen kebenaran bergerak maka pasukan SJR telah bertindak membawa kedua-dua orang pemuda tersebut ke Balai Polis Sri Aman di sini bagi tujuan pengeluaran kompaun sebanyak RM1,000 seorang," kata beliau.

Bingkok berkata kedua-dua pemuda itu dikenakan kompaun di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2020 dengan mereka ini juga boleh dihukum di bawah Peraturan 11 kerana melanggar arahan PKP berkenaan.

Beliau turut menambah bahawa kedua-dua pemuda (Orang Kena Kompaun) ini juga boleh didakwa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di mahkamah jika gagal membayar kompaun tersebut dalam tempoh yang ditetapkan kelak.

"Justeru saya menasihatkan kepada semua penduduk agar terus bertindak mematuhi penguatkuasan PKP atau berdepan dengan tindakan kompaun jika gagal mematuhi arahan ini," kata beliau.

Tamat

No comments:

Post a Comment