SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk
Francis Harden Hollis tetap peka terhadap kesusahan yang ditanggung oleh
penduduk walaupun sibuk mengendali pengagihaan bantuan makanan di sini dan
Engkilili sebelum ini.
Ia terbukti apabila waki rakyat berkenaan mengambil
kesempatan untuk melawat seorang penduduk yang sedang terlantar di Rumah Lina,
Bayai C di sini berhubung penyakit misteri yang dihidap olehnya pada masa
sekarang.
"Penduduk tersebut, Edmund Majuh, 37, sebelum ini
bekerja dengan pihak kontraktor syarikat Telekom Malaysia Berhad sebelum dia
jatuh sakit disebabkan oleh satu penyakit misteri.
"Penyakit misteri ini menyebabkan Edmund hanya
terlantar di rumah dan tidak mampu berjalan sehingga ia memerlukan bantuan ahli
keluarga jika mahu bergerak ke sesuatu kawasan," kata beliau.
Derita yang ditanggung oleh Edmund tersebut kata Harden
telah menimbulkan rasa simpati dalam dirinya hingga satu aktiviti lawatan
ringkas ke Rumah Panjang Bayai C dilakukan untuk melawat lelaki berkenaan.
Menerusi lawatan tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Simanggang telah pun bertindak menyumbang tongkat empat
kaki (frame walker) kepada lelaki tersebut untuk memudahkan pergerakannya di
dalam rumah.
Malahan, Harden juga turut menyumbang bekalan makanan kepada
Edmund dan keluarganya demi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka
sepanjang perlaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya berharap agar frame walker ini akan dapat
memberi lebih banyak masa kepada ahli keluarga Edmund untuk melakukan perkara
lain di dalam dan luar rumah untuk sepanjang masa.
"Saya juga berharap agar sumbangan bekalan makanan
ini dimanfaat sebaik mungkin oleh keluarga Edmund di samping mematuhi arahan
PKP bagi mengelak jangkitan pandemik COVID-19," kata Harden.
No comments:
Post a Comment